Sunday, 28 December 2014

alhamdulillah, inilah jawapanNYA : MADRASAH IDRISIAH KUALA KANGSAR YANG SUDAH TERTULIS


Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar
anakandaku,
Semoga ilmu dunia dan akhirat ditimba sepenuhnya, di sini..


Assalamualaikum pembaca mayaku.

Inilah rezeki yg ditakdirkan Allah untuk anakanda kami, M.Syafiq Ariff. 3.1.2014 beliau akan ke sekolah ini dan xakan dpt dihubungi selama 40 hari.Beliau dengan itu, memberi peluang 2 tempat kosong kpeada pelajar lain dengan menolak tawaran ke Maktab Mahmud Bandar Baharu dan SMA AL FALAH.

Alhamdulillah, xterpilih ke smka Izzuddin menguatkan lagi, hatiku dan suami menghantarnya ke sini.Allah telah merancang yg terbaik utknya. Manakala, Amin, rakan baiknya juga sugul kerana tidak terpilih ke Ulul Albab dan SMKA.Ibunya menyatakan kesedihan,namun dipujuk suamiku, bahawa anak yg pintar, campaklah ke mana pun, pasti akan menjadi.Kata ibunya, beliau akan ke SMA Al Falah sahaja.

Beberapa sahabat yg dihubungi juga menyatakan anak mereka tidak terpilih ke smka. Pn. Azimah, misalnya membuat keputusan utk ke MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU.

Terkejut juga, ketika menyemak secara online anakandaku tidak terpilih.Kerana katanya, tajwidnya markah penuh.Ada sahabat menyatakan markah hafazan sebanyak 60, kemungkinan anakandaku kurang markah di situ.Namun kami suami isteri telah bernekad, jika tidak terpilih, itulah laluan yg dimudahkan Allah ke Madrasah Idrisiah.

seingat aku, pada bulan Oktober yg lalau, ke sekolah inilah, anakandaku pertama kali menjalani ujian pemilihan ke tingktn 1, dan ketika ribuan org hadir semasa hari ujian, aku menggelengkan kepala.Masakan tidak, seramai xkurang 2000 orang ke 3000 di kalangan ibubapa dan murid yg hadir membanjiri sekolah ini.
Dikatakan hnya 130 orang yang akan terpilih.

Aku tidak menaruh harapan yg tinggi pd mulanya.Hanya beranggapan, biarlah anakandaku mendapat sedikit pengalaman apabila menghadiri ujian mana2 sekolah nanti.Namun, inilah dinamakan rezeki anakandaku di sini rupanya.Madrasah Idrisiah, merupakan sekolah yg pertama mengucapkan tahniah krpadaku dan suami melalui sms kerana anakandaku terpilih di ketika mana ianya mungkin telah menghampakan ribuan ibubapa dan murid yg lain yg ingin sekali ke sini.MASYA ALLAH.inilah nikmat Allah yg sgt besar nilainya.yg mungkin tidak aku sedari dan hayati.kini, Ia cukup menginsafkanku dan membuatkan aku tersedar dr lamunan bhwa Allah telah meletakkan yg terbaik utk anakandaku yg tercinta utk blajar di sini akhirnya.

semoga semuanya dipermudahkan Allah nanti.Beberapa link yg diperolehi hasil carian di google, mengujakan dan menyakinkan aku bahawa ini pilihan yg terbaik untuk anakandaku, in sya Allah.

http://www.amaljariah.org.my/negeri/perak/
http://infinitikasih.blogspot.com/2012/12/aku-ingin-diorentasi-semula-di-idrisiah.html
http://madrasah.idrisiah.edu.my/
Montaj Majlis Penutupan Orientasi 40 Hari Tingkatan Satu Madrasah Idrisiah 2014 youtube
https://www.facebook.com/idrisiah

banyak lagi link mengenai MIKK ini.Semoga yg terbaik utk mu..anakandaku.inilah pilihan ibu dan papa utkmu.Semoga terus cemerlang juga di sini.Aamin.

Wednesday, 24 December 2014

bila sudah berusaha, bertawakkallah anakku..

sahabat anakanda syafiq yang sentiasa cemerlang
bakal doktor, proffesor, huffaz dan al hafizah, in sha Allah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Melihat 6 sahabat ini, kelihatan mereka ini mempunyai auranya tersendiri. Mereka murid2,anak2 soleh dan solehah, dambaan guru dan ibubapa. Mereka gigih ketika belajar dan sentiasa bersungguh-sungguh. Namun, akhirnya mereka terpisah kerana masing-masing membawa haluan sendiri.Ada yang mungkin ke bidang tahfiz sains, ada yang ke sekolah agama begitu juga ada yang ke SBP.

Hakikatnya, anakandaku bersedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang dikasihi. Harapan yang tinggal hanyalah ke SMKA iZZUDDIN IPOH. Itupun jika sahabat baiknya Amin dan anakandaku terpilih ke sana bersama-sama.Walaubagaimanapun, Amin mempunyai pilihan pertama dgn SMKA yang berdekatan ibubapanya.Anakku harus menerima realitinya.

Setakat ini, anakandaku kelihatan selamba dan seperti tiada masalah dengan kehidupan di asrama. Kebetulan, kem Tahfiz yang diikutinya 2 minggu banyak membantu beliau melalui pengalaman berdikari sendiri. Syukur kepada seorang rakan yang ditemui ketika ujian Madrasah Idrisiah beberapa bulan yang lalu..Beliaulah yg memberi idea ini kepadaku.

Ditakdirkan Allah, aku berjumpa lagi dengannya dan keluarganya ketika ujian ke SMKA IZZUDDIN tempohari di SMA AL FALAH. Alhamdulilah dan syukur, anakandaku katanya dapat menjawab semua soalan dan hafazan.Kata beliau juga, tajwid yang ditanya, dapat dijawab sepenuhnya.. apa yang boleh aku katakan, hanya mengingatkan beliau berulang kali, supaya bertawakal dan berserah kpd Allah. mudahan anakandaku layak terpilih bersama anak sahabat tadi dan mereka dapat bersahabat baik.Syukur juga, anaknya juga terpilih ke Maktab Mahmud Bandar Baharu. Malangnya, anaknya tidak terpilih ke Madrasah Idrisiah seperti anakandaku.

Tinggal lagi apakah pilihan terbaik untuk anakku..HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...
Disepertiga malam, aku berdoa begini,

"Ya Allah, engkaulah Yang Mengetahui segalanya. Sekiranya mana yang baik untuk anakandaku dan kami, maka kau detikkanlah hati kami kearahnya. Mana2 yang tidak baik menurut PengetahuanMU, maka kau hindarkanlah kami dari memilihnya...Kami yakin semuanya dengan kehendakMU dan kami mohon ampun dan petunjuk untuk apa jua yang engkau telah tentukan dan berilah yang terbaik pada mana2 pilihan kami kepada anakanda kami yang tercinta.Sesungguhnya kami sedar, anakanda kami yang tercinta ini adalah ujian dariMU dan pinjaman daripadaMU semata2...semoga kedua2 anakanda kami ini menjadi anak yg soleh dan solehah, pelajar yang cemerlang, hambaMu yang beriman dan anggota masyarakat yang memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmunya.In sya Allah.Aamin."









Friday, 19 December 2014

INGATLAH ANAKKU:Allahlah tmpt Kau mengadu dan memohon hajat

Assalamualaikum pembaca mayaku..

bermula 26.11.2014, bermulalah sesuatu yang tough utk anak terunaku ini.

Dari ujian ke smka Ulul Albab yg pnuh kontroversi hinggalah esok, 20.12.2014...ujian tidak berhenti2.

Dengar cerita, soalan ulul albab tu ramai murid yang telah diberitahu, namun anakku ditakdirkan Allah tidak sampai makluman itu. Terkontang kanting beliau mnjawabnya.itulah dikatakan ALLAH MERANCANG YANG TERBAIK UTKNYA.

Sedangkan 3 lagi tawaran telah pun diperolehi dan menunjukkan beliau mampu menjawab ujian2 yang blh tahan jugak susahnya.

1.Madarasah Idrisiah Kuala Kangsar
2.Maktab Mahmud Alor Setar
3.SM Al-Falah Tjg Piandang

iktibar yang diperolehi wahai anakku:

1.Berbaik sgkalah dgn Allah, ditakdirkan Ulul Albab, anakku tidak terpilih ujian yg ke-2.Kesalahannya ialah pada soalan yang dikatakan dimaklumkan awal itu.xapalah, tiada rezekimu nak.
2.Prncgn Allah adalah yg terbaik, kita manusia xtahu, hnya nampak yang xadil di mata manusia.
3.Pastinya Allah menggantiakn yg terbaik jika diri diselimuti dgn redho dan bersabar ketika diuji.

habis Ujian Ulul Albab, anakandaku trus dihantar ke Kem Tahfiz Al Idrisi Telok Medan.
Di sini beliau dilatih menghafaz surah2 pendek, hukum tajwid dan menguatkan jati dirinya.
1 hari belaiu dihantar, aku dan suami meraung kerana rindukan anakanda ini apabila tiada lagi orang yg hendak dimarahi ketika di rumah.
2 minggu, beliau pulang, terasa banyak perubahannya.

iktibar diperolehi dari anakku:
1.telah pandai berdikari
2.lebih bersopan santun
3.dirinya terisi dengn biah Islamiah..mula membaca Al-Quran setiap hari dan sentiasa ingin berjemaah apabila hendak solat
4.pandai mengikat serban
5.banyak bertanya tentang hari kiamat

besok, beliau akan ada 1 ujian penting. Kepada sahajalah ya Allah...jika ini yg terbaik, kami terima.jika tidak, tabahkanlah hati kami.

Tadi pun, aku tlh mmbygkn bhwa kami tidak dpt bjumpa dgnnya slama sebulan jika ke Madarastul Idrisiah..dan akan mggunakan 1 strategi utk bjumpa juga dgn beliau.

Semoga tabah anakku menghadapi hari2 mendatang.

Di mana pun Allah mencampakkanmu nanti, jadilah orang beriman dan beramal soleh serta jadilah anak yang yg dpt berbakti kpd kedua ibubapa.Aamin ya robbal Alamin.


Wednesday, 26 November 2014

PERANCANGAN ALLAHLAH YG TERBAIK..

Assalamualaikum wbt

Alhmdulillah, syukur..xbyk yg blh aku katakan lg, yg pasti perancangan Allah adalah terbaik...itu janji Allah. Siapalah makhluk utk menafikannya.

Anakandaku Sayfiq berjaya mendapat 4A1B. B pula ialah Sains.

Guru Sainsnya ..kelihatan merah matanya kerana sedih peratus Sains turun mendadak sekaligus dan dukacita kerana murid targetnya tidak mencapai sasaran.

Bagi aku, semua guru anakandaku telah melakukan yg terbaik.

Kepada Allah aku berserah dan bersyukur.Mujur juga B.Kalau C...Lagi la..nauzubillah..Belajarlah erti bersyukur.Itu pesanku pada anakandaku tercinta.Walaupun dia menangis teresak2, memohon maaf, kerana tidak membanggakan ku..aku membalas, Alhamdulilah, Allah dah bagi yg terbaik tu. Allah lebih tahu..kenapa dia tidak mengizinkan anakandaku 5a padahal dari Mac @ April, anakandaku mencatat 5A hingggalah ke ujian Percubaan.

Aku tidak kecewa dia tidak mendapat 5A, cuma aku sugul bila membayangkan tahun hadapan tiada lagi kedengaran suara anakandaku melaungkan azan di sekolah, membaca doa di perhimpunan, menjadi imam di surau dan bertaranum jika ada majlis dan mengetuai bacaan Yassin di kalangan murid.

Suara itu telah berhenti dan tidak akan kedengaran lagi. Mudahan ada penggantinya nanti.

Banyak iktibar, yang aku perolehi...terutamanya, kelmarin sewaktu aku memunggah barang dari kereta, cawan cenderahati sekolah utk murid tahun 6 anakandaku terjatuh dan pecah. Aku mula terfikirkan mungkin Allah ingin memberitahuku sesuatu.Seingat aku 2x cawan dihadiahkan sekolah krn cemerlang ujian blnn 5A pecah. Itu sebahagian petanda yg aku ingat.Akhirnya, kegusaran ku terjawab, benar..itulah kerisauannya.

Sementara ketika anakandaku berjaya cemerlang 8A..untuk ujian UPKK, dia memberitahuku dia bermimpi, nampak cahaya lalu dia sempat pegang cahaya itu..dan cahya itu sangat terang. Itu adalah petanda dia dapat 8A.Akhirnya benar apabila suamiku menerima sms menyatakan anakandaku cemerlang 8A..seramai 9 orang.

Strategi seterusnya memastikan anakanda Syafiq lulus interview ke SMKA iZZUDDIN SHAH..Semoga Allah mempermudahkan.

Yang paling aku terharu, anakandaku selalu mendoakan kejayaan rakan2nya..disebut berulangkali nama muhaimin di dalam doanya.Doanya dimakbulkan tuhan semua rakannya cemerlang malah Muhaimin paling cemerlang dgn 5A.

Papanya tidak putus asa, lalu borang semakan semula keputusan UPSR diambil, berbekalkan dokumen ujian2 bulanan dan trial anakandaku yang mantain 5A, rakan2 suamiku menasihatinya supaya menyemak semula keputusan tersebut di Putrajaya. Mana tahu, rezeki anakku Sainsnya 5A.

Sepanjang peperiksaan berlangsung, dialah satu2nya murid yang mengambil wudhuk dan mengajak rakan2 baiknya berbuat demikian sebelum menjawab peperiksaan dan solat Dhuha dan hajat  jika sempat.Itu sudah cukup membanggakan ku..sbg ibunya.

Aku berdoa kpd Allah meskipun anakandaku  ini diuji dengan cuma 4A1B...sedangkan dia anak yang taat dan menunaikan ibadah..dan sudah berusaha sehabis daya...namun Allah pasti merancang yang terbaik utknya. Semoga dia berjaya menjadi PROFFESOR yang bergelar AL HAFIZ seperti yang dimpikannya.

Petang td, anakandaku sambil sengih.meleret.berkata, "tak dapatlah Syafiq nak ke legoland ..sebab tak dapat 5A.kan ibu."Aku mengangguk kepala tanda setuju.Itulah perjanjian yang terpateri antara dia dan aku serta suami. Anakandaku dah biasa dengan prinsip begitu. Kejayaan mesti ada ganjaran, jika kurang cemerlang, ada penghargaan lain yang kami telah fikirkan. Aku sentiasa berikan penghargaan yang setimpal.supaya anakandaku sentiasa bersemangat untuk melakukan yang terbaik..dan ganjaran kali ini.iaitu mungkin akan ke Langkawi jika ada masa untuk meraikan kejayaannya.

Mungkin di atas kertas anakandaku kurang cemerlang, tapi di hatiku...anakandaku sudah 5A di hatiku kerana solat yg 5 sentiasa di hatinya.Selain dia slealu tahajud dan sudah biasa dgn solat dhuha dan hajat. Yassin pula sudah jadi teman karib. Tahniah dan syabas untuk anakanda tercinta.Ibu bangga denganmu.

UPSR 44A1B
SERAI 4A1B
UPKK 8A
TOKOH JQAF
UJIAN MAC HINGGA TRIAL UPSR MAINTAIN 5A
MURID TERBAIK BAHASA INGGERIS
KEDUDUKAN TEMPAT PERTAMA KESELURUHAN KELAS
CATUR PERINGKAT NEGERI
PUBLIC SPEAKING PERINGKAT SEKOLAH
TILAWAH AL QURAN KETIGA ZON
PENGAWAS SEKOLAH DR TAHUN 2
WIRID DAN DOA PERINGKAT SEKOLAH
IMAM, AZAN, KETUA BACAAN YASSIN
JOHAN MERENTAS DESA
PENGAKAP PINGAT KERIS GANGSA
MAHIR BERBAHASA INGGERIS


Semoga terus cemerlang pada masa akan datang. Ibu sentiasa mendoakan kejayaanmu. Jangan jemu berusaha dan teruskan kualiti diri anak soleh di dunia dan di akhirat hingga akhir hayatmu.



Tuesday, 25 November 2014

TRIAL UPSR 2014

Salam sejahtera kepada mereka yang membaca blog ini.

Alhamdulillah, syukur Allah masih mengizinkan sedikit ruang yang ada ini untuk aku menulis lagi di sini.
Banyak yang tersimpan untuk dirakamkan di alam maya mengenai 2 permata hati ini. Semoga menjadi panduan dan manfaat buat semua.

Terkini...si abang akan dan sedang menduduki TRIAL UPSR 2014. Tadi beliau telah selesai menjawab kertas 2 BM, Paper 2 English, Math kertas 2. Kelihatan beliau nampak tenang sahaja. Kebetulan di bulan Ramadhan pula, maka usahanya aku lihat agak terbatas.

Kerana kurang berselera makan ketika berbuka, beliau demam. mujurlah Nuzul Al-Quran hari cuti.Dapatlah beliau berehat sebelum exam bermula.

Namun, aku tetap kagumi kegigihan dia berpuasa sehingga demam pun, bliau xmahu berbuka. Bila ditanya kenapa? Anakku menjawab, beliau xmahu doanya xdimakbulkan tuhan, katanya orang berpuasa, hajat dan doanya dimakbulkan tuhan.

beliau juga sanggup bertarawih bersama papanya. Sebagai ibu, aku risaukan dia xdapat berdiri lama kerana dia demam, tapi beliau tetap gagahkan diri. Sehingga diri ini terasa insaf. Papanya juga terharu.

Tambah mengujakan pada suatu hari, sekolahnya mengadakan kutipan infaq ramadhan, beliau memaklumkan aku bahaw beliau ingin menderma sebanyak mungkin. Suatu pagi, aku melihat beliu menggulung duit RM1 begitu banyak dan mengikatnya dengan getah, bila ditanya mengapa beliau melakukan spt demikian..
Selambe sahaja beliau menjawab " Syafiq xnak kawan kata syafiq riak..sbb tentu mereka nampak kalu letak banyak duit RM SERINGGIT ni..tapi kalau gulung..xmungkin ada orang perasan. Allahurobbi..begitu sekali jiwa murni dan bersihnya anak ini...

kini aku terasa kesannya...mengimbau kisah ketika beliau berusia setahun lebih..papanya selalu membiarkan duit di tangan puteraku ini..jika papanya ternampak orang meminta derma. Pasti papanya akan menyuruh puteraku meletakkannya sendiri. Kata papanya, biar kita ajar dia suka menderma bila besar nanti ..kalu ibu xpercaya..tunggulah nanti...

ya benar...mengenai menderma,kedua anak ini xperlu disuruh.Mereka akan memaksa dan meminta2 untuk memberi derma jika ternampak kelibat orang menderma. Kesannya telah aku lihat sekarang.

xcukup dgn itu, beliau meminta kebenaran dan memberitahuku..beliau sudah menyimpan duit wang sakunya..sekarang berjumlah RM210. Yang mengujakan aku, beliau ingin menderma di tabung masjid sebanyak RM100 pada hari Jumaat ini. Allahuakbar!!! Tiada langsung rasa duit itu hebat jumlahnya..."

Alhamdulillah, syukur atas segalanya...SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HAILLALLAH ALLAHUAKBAR

Johan Merentas Desa Peringkat Sekolah ..mewarisi bakat papanya

Assalamualaikum kepada pembaca blogku...

Selawat dan salam buat Junjungan saw dan para saahabatnya...

juga Al fatihah dikirim buat 2 ibubapaku..

Esok merupakan tarikh penting...pd hakikat dunia...dan pada pandangan mata kasar ramai orang. Budaya cemerlang 5A, dalam UPSR memang berhantu pada semua ibubapa kepada calon2 UPSR 2014.

Begitu juga aku. Sedikit sebanyak gusar, kebanyakan masa dipenuhi dgn harapan dan bermunajat pd Allah agar semuanya yang baik2 sahaja. Meskipun, hati kuat menyatakan semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz...dan aku memohon ketabahan utk esok hari...

Anakku, Syafiq kelihatan relak dan tenang sahaja. Beliau mmebaca Yassin seorang diri..Alhamdulilah, memohon yg terbaik utk dirinya sendiri.

Alhamdulillah, baru2 ini beliau dianugerahkan TOKOH J-QAF 2014, kedudukan pertama keseluruhan dlm kelas dan terbaik bg subjek Bahasa Inggeris.

Meskipun begitu, beliau menangis kerana tidak terpilih sebagai TOKOH MURID. Bila aku bertanya mengapa menangis sedangkan dia telah mendapat TOKOH J-QAF? Beliau menjawab..sambil menangis teresak2...Maafkan syafiq ibu, syafiq tidak dapat membanggakan ibu...

ohh tuhan, syukur kau kurniakan aku anak soleh dunia dan akhirat.
begitu sekali jawapannya...aku terkedu.

Beberapa pegawai PPD turut melahirkan rasa simpati dan memuji tindakan anakku yg mempunyai target...meskipun mendapat tokoh yang dikatakan hebat juga, namun beliau masih tidak berpuas hati krn kononnya tidak dapat membanggakan ku...

pada pengamatan aku juga, ada keraguan pada pemilihan tokoh murid tersebut.Namun yang terbaik, aku mngajar anakku supaya redho dan berlapang dada.

Pesanku, manusia seringkali silap, dan mahkamah dunia tidak pernah adil.
Yang selalu adil adalah Allah..dan Dia tidak pernah menipu @ menganiaya hamba2NYA.

Semoga anakku mendapat keputusan 5A, in sha Allah...aku berdebar, namun Allahlah tmpt bergantung harap.


Thursday, 25 September 2014

ya Allah perancgnMU PASTI YG TERBAIK, BANTULAH DAN PERMUDAHKANLAH DAN kabulkanlah permintaan kami.Aamin

falsafah yg disemai kpd kedua anakku " bELIEVE IN Allah & do what's right"

ASSALAMUALAIKUM semua,

Anakandaku syafiq menerima banyak dugaan. xkusangka tahun ini, soalan upsr BOCOR dan perlu diulang semula. Syafiq ternampak juga kecewanya, apabila bhs inggeris yg diminatinya perlu diulang, bgitu juga matematik.

Namun kpd Allahlah aku mngadu dan memujuk dirinya mngatakan bhwa pasti ada hikmah yg kita tidak menjangka kerana perancangan Allah pasti terbaik.

Syafiq kekal mendapat 5A DALAM SEMUA ujian dari bulan Aril hingga OGOS termasuk TRIAL UPSR juga 5a. Alhmdulillah, syukur. walau bagaimana pun, terpulanglah kepada iradat dan kehendak Allah utk yg sebenarnya.

Mudahan 5a UPSR, SPI 4A, SERAI 8A. Aamin.

Biiznilah.

Targetnya Izzudin Shah. Bantulah Ya Allah.permudhkn ya Allah.

Sabtu ini, dia akan hadapi ujian SMKA iDRISIAH. Permudahkan ya Allah.

Malangnya, pin no Maktab Mahmud di pb dah habis.Kaaunter i jam shj dibuka. Kami tidak ada rezeki tadi.
Tak apalah.Alhamdulillah.pasti berhikmah. Ingat biar begitu. Jika x, kecewa yg menjelma.

Borang SMA Al falaah sudah diambil.

Online ke Sbp juga telah dimasukkan oleh guru kelas. Alhamdulillah.

Esok, beri salinan sijil2 koku dimnta guru dan juga memohon rakan di kedah membeli pin Maktab Mahmud di sana.

30 SEPT 2014, UPSR sains dan english.

9 okt 2014 UPSR MATEMATIK.


Nurqistina Balqis pula,

Setelah menang sbg JOHAN BERCERITA NEGERI PERAK, mewakili negeri ke prngkt kbgsaan pada ogos yg lalu di JOHOR.

Pulang dr Johor, tidak membawa pingat kerana PESERTA negeri lain semuanya hebat2.

Walaupun begitu, tahniah anakku, sesungguhnya kami bubapamu amat bangga sekali.Ramai yg berbgga kerana dapat mewakili negeri Perak ke kebgsaan.

setakat ini, 5 pingat dirangkul spjg tahun ini.

Mudahan laluan Balqis juga mudah dan terus berjaya. Sekarang beliau sudah membaca juzuk ke2. Dan telah boleh menguasai lagu2 taranum pelbagai surah.

antaranya, surah al baqarah.annahlu, annisaa, dan beberapa surah lg.

Ujian pemilihan tokoh murid akan diadakan lepas raya haji.mudahan anakku berjaya dan terpilih.




Saturday, 9 August 2014

syukur 200%..Allah kabulkan doa dan impian anakku..Aku mohon keampunan padaMU Ya Allah...

Gembira dan sedih sentiasa bersilih ganti. Namun, sewajarnya kedua situasi berikut sepatutnya memberi impak yang sama pada kita. Itulah yang cuba diaplikasikan untuk 2 anak ini. Jika berjaya, ditambahkan kesyukuran dan ditambahkan amalan dan dimuhasabahkan diri, layakkah mereka menerima nikmat tersebut, dan jika kalah, sewajarnya anakku diajar supaya harus bersyukur dan yakinkan diri, setiap kejadian pasti ada hikmah, kerana sesungguhnya Allah  sentiasa memberi yang terbaik kepada hambaNYA.

Begitulah cerita 2 beradik ini.

Tanggal 5 Ogos 2014, si abang telah dipilh mewakili PUBLIC SPEAKING COMPETITION oleh teachernya. Beliau diberi masa 1 minggu untuk menghafaz teks tersebut. Malang lagi, seminggu itu kebetulan cuti berhari raya. Sebagai ibu, aku memastikan setiap hari cuti tersebut, beliau menghafal mengikut perenggan demi perenggan. Kasihan juga, apakan daya amanah dari gurunya. Kelihatan beliau tidak berapa yakin kerana berkali2 bertanyaku, kenapa guru memilihnya? Jawabku mudah, " Syafiq the best student in english Subject, pastinya teacher membuat pilihan terbaik.

Berdasarkan pengalaman debat yang telah aku dan suami menghantarnya ke kursus beberapa tahun lalu, beliau aku yakinkan supaya terus berusaha. Malamnya sibuk menyiapkan latih-tubi upsr, malamnya berlatih teks yang diberi guru.

Hari yang dinanti tiba, tetapi sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Anakku membuat keputusan menarik diri. Tidak tahu di mana puncanya. Pagi tersebut, beliau nampak ok. Aku beranggapan, mungkin ada guru yang mengguris hatinya. Lalu, aku dipanggil untuk memujuknya. Puasa kupujuk, beliau tetap berdegil. Beberapa kali , berselawat, menghembus perlahan2 di kepalanya, dan dipujuk papanya melalui telefon, dan dipujuk rakan baiknya, NASUHA beliau gagahkan diri.

Nasihat papanya dituruti bagi menenangkan diri. Solat dhuha, solat hajat dan pastikan berwudhuk ditunaikan sebelum masuk ke lokasi pertandingan.

Malang lagi, gilirannya terlalu lama.no 8. Penat beliau menunggu.hingga moodnya yang baik itu hilang.
Apabila naik ke pentas, bermula dengan nada yang jelas, gaya yang boleh dibanggakan. Sayangnya, Allah mengujinya. Belliau tiba2 terlupa 1 ayat dan kelihatan tersekat2. Kemudian menyambung dan dapat tamatkan. Sekiranya ayat itu dijump terus, beliau masih punya harapan.Sekurangnya tempat ketiga.

Kemudian, selesai section A, pergi pula section B, beliau dikehendaki spontan menceritakan tentang what do want to be, when you grow up.., subhanallah...tajuknya seperti yang dijangkakan. Anakku telah pun berlatih.
Malang lagi, beliau begitu terpengaruh dengan emosi kecewanya di section A sebentar tadi. Sepatutnya diceritakan tentang cita2 sebagai proffesor yang penuh maklumat, telah ditukar kepada menjadi seorang doktor. Itupun alhamdulillah, dapat jugak beliau membina ayat sendiri.

Akhirnya, keputusan diumumkan, beliau alhamdulillah dapat tempat keempat. Sedikit sahaja kesilapan, bukan rezekinya.Terdengar maklumat di hujung telinga, ada maklumat dari hakim menyatakan, johan pertandingan tersebut, grammarnya agak tunggang langgang berbanding anakku yang lebih tersusun grammarnya.

Apakan daya, bukan rezekinya. Beliau dan aku sebagai ibu harus menerimanya. Sedih juga, tapi Allah tidak pernah menganiaya hambaNYA. Kata papanya, Allah akan menggantikan kejayaan dengan yang lain, sekarang, bersabarlah. Berhari2 juga, aku mmemuhasabahkan diri. Namun, solat hajat dan tahajud terus menerus dilakukan memohon dipermudahkan dalam apa jua untuk kedua anakku.

Masya Allah, Allah membalas secara cash belum pun sampai seminggu.

Hari ini, tanggal 9 Ogos 2014, adiknya balqis menerima 3 kemenangan yang membanggakan dalam 3 pertandingan.

Beliau menang:
 Johan HAFAZAN.
Johan Bercerita
Naib Johan, Nasyid

Hinggakan tadikanya mendapat Johan Keseluruhan kerana beliau dan rakan2nya menang banyak acara.
syukur 200%..Allah kabulkan doa dan impian anakku..Aku mohon keampunan padaMU Ya Allah...

Ya Allah, kami tidak layak terima semua ini, sedangkan dosa kami menggunung..
Alhamdulillah atas segala kasih sayangMU...MENGGEMBIRAKAN HATI YANG SEDIH
mengurniakan rasa syukur..malah memberi ramai orang lain di sekitar anakku juga gembira.
MASYA aLLAH, NIKMATMU tidak terjangkau Ya Allah.

Jadikanlah anak2ku orang yang mengingatiMU meskipun ketika sedih atau gembira.

Beliau kami hadiahkan 1 set mainan dapur yang menjadi iagauannya. Aku tidak membelinya selagi tiada kejayaan diperolehi.Akhirnya, impiannya memiliki set dapur tersebut tercapai. Usahanya menghafal 3 helai muka surat teks cerita Nabi Sulaiman membuahkan hasil.Hafazannya yang berlagu juga memberi banyak kelebihan kepadanya berbanding peserta lain dan suaranya yang kuat dan nyaring membantu rakan2 nasyidnya menang sebagai Naib Johan Nasyid.

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

TAHNIAH UNTUK 2 ANAKKU DARI IBU DAN PAPA.

Kalian menyinari kehidupan kami, guru2, rakan2 dan mereka yang lain.Anakku juga terhutang budi di atas doa2 rakanku dan rakan2 papanya.





Thursday, 31 July 2014

PUTERA & PUTERIKU : Kalianlah penyuntik semangat buat PN DORA LIYANA ABD LATAF..!!!



Salam sejahtera kepada mereka yang membaca blog ini. 
Pertamanya, Maaflah kerana saya tidak punya banyak masa untuk menguruskan blog ini. Saya juga sama sekali tidak menyangka akan ada orang yang terjumpa dan membaca blog ini, memandangkan saya menulis blog ini sekadar panduan untuk diri sendiri, menghargai anugerah dan nikmat Allah dan sebagai medium meluahkan rasa syukur kepada Yang Esa.
Jika kita bercerita semua nikmat dan kegembiraan kita pada orang lain, positifnya ada tetapi negatifnya juga banyak. Antara yang paling saya takuti, ialah penilaian orang pada kita iaitu mungkin kita dikatakan:
1.RIAK
2.MENIMBULKAN HASAD DENGKI 
3. MEMBANGGA DIRI 
Namun, saya mengambil jalan selamat iaitu ketika menulis, saya menulis dan bercerita, 
1.Letakkan niat kerana Allah dan rendahkan diri
2. Segala yang ditulis sebagai tanda syukur
3.Dakwah ke arah kehidupan yang lebih baik'
4.Mudah2han menjadi panduan kepada orang lain (jika ada yang tersesat membacanya)

Akhirnya, siapa sangka, Allah mengirim tanda yang ke-4 kepada saya melalui satu komen dari pembaca yang tidak pun saya kenali sama sekali.
Beliau ialah seorang ibu yang menghantar komen seperti berikut :
Saya lebih teruja utk menghantr Anak ke sekolah yg menitikberatkn pembelajaran alquran setelah membaca blog Puan. Blh Puan kongsikan tadika Dan sekolah (lepas tamat tadika) yg bersesuaian utk saya capai hasrat saya ini? Terima kasih"
Assalamualaikum Pn Dora.
Maaflah lambat membalas komen tersebut. Kekangan masa selalu jadi penghalang. Namun, hati ini sentiasa berbunga2 untuk menjawab pertanyaan berikut.
Anak sulung saya, bermula dengan tadika yang mediumnya English. Pengusahanya seorang India. Kata anak saya, bercakap dalam medium bahasa Melayu adalah dilarang. Umurnya ketika itu 4 tahun. Bayarannya mahal sekali. Kebetulan hanya itulah satu2nya tadika yang berdekatan dengan rumah. Namun Alhamdulillah, usaha saya berbaloi. Kesannya, anak saya meminati English sejak kecil. Di samping itu, saya usahakan juga beli cd english di rumah. Saya menghantarnya hingga umur 5 tahun.
Ketika 6 tahun, beliau saya hantar ke pra sekolah kerajaan oleh kerana tiada TADIKA PASTI di kawasan perumahan saya ketika itu. Di sebelah petangnya, saya mendaftarkannya ke sekolah kafa. Dengan alasan, putera saya ini tidak ketinggalan dari segi ilmu fardhu Ain. Usaha saya sedikt berhasil.
Jadi si putera saya ini, benar2 ketinggalan dari skill agamanya..berbanding murid yang ada asas tadika Pasti. Hanyalah ditambah dengan diajar oleh saya sendiri di rumah. Dengan bantuan cd dan pelbagai usaha. Waktu itu, saya amat cemburu dengan anak2 rakan2 yang dihantar ke tadika PASTI kerana anak mereka lancar membaca doa, Iqra, Al Quran, hafazan, jawi, hadis dan lain2.Malah akademik mereka juga cemerlang. Mujurlah anak saya ada kelebihan dalam bahasa Inggeris. Jadi, kuranglah sedikit rasa ralat saya.
Ketika di tahun 1, saya pastikan si putera tidak ketinggalan lagi. Dengan jawinya, saya bina soalan sendiri, dan latih-tubi beliau. Iqra'nya, hafazannya, pendek kata, saya terpaksa memecut dan melakukan sepantasnya supaya putera saya dapat bersaing dengan rakan2 lain. 
Akhirnya, di tahun 4, beliau dapat JOHAN HAFAZAN, mengalahkan rakan2nya yang ada asas tadika PASTI. aLhamdulilah, Allahlah yang membantu usaha saya itu. Sejak itu, beliau bagai disuntik semangatnya dan mula meminati bidang Al Quran.
Saya amat bersyukur. Malah, beliau dipuji guru kerana bukan sahaja pandai dalam bahasa Inggeris, tetapi skill agamanya juga setanding rakan2 yang lain. 
itu pengalaman anak sulung saya.
UNTUK SI PUTERI PULA, 
Saya daftarkan dia di tadika yang mediumnya English dan silibusnya ada Islamik ketika umurnya 4 tahun. Alhamdulillah, puteri saya begitu bersemangat ke tadikanya setiap hari. Namun, saya perasan, englishnya tidaklah sehebat abangnya. Pengusahanya melayu, namun subjek English diajar oleh bangsa India. 
Ketika 4 tahun, 6 BULAN, belum pun mantap english puteri saya itu, kami ditakdirkan pula berpindah ke tempat lain.
Pembelajaran englishnya terhenti dan saya telah cuba menghantar ke tadika yang berkonsepkan medium yang sama. Namun, malangnya tadika tersebut tidaklah berkualiti. Disebabkab bayaran pendaftaran yang banyak telah dijelaskan, terpaksalah saya bertawakal dan mengharapkan keajaiban berlaku. Alhamdulilah, meskipun, begitu, si puteri akhirnya menerima konvo pertamanya di situ.
ketika usianya 5 tahun, saya berusaha mencari Tadika PASTI. aLhamdulillah, banyak improvement mendadak yang saya dapat lihat sendiri. Antaranya, menghafal hadis, doa, hafazan surah, ayat 1000 dinar, membaca pun cepat, Iqra' pun laju, berbanding abangnya. 
Paling melekat di hatinya, tidak boleh sama sekali minum berdiri.
Nampak mudahkan. Tapi di tadika PASTIlah beliau diasuh sebegitu rupa. Tidak perlu bersusah payah, menyuruhnya menutup aurat, dan sentiasa sebak dan menangis, bila disebut tentang kematian.
Saya cukup bersyukur. Saranan saya Tadika PASTI yang terbaik. In sha Allah.Yakinlah. Bukan sahaja silibus mereka hebat, malah dari segi peperiksaannya pun saya kagum. Puteri saya hampir terpilih menjadi tokoh murid tahun 2013. Soalannya bukan sahaja susah, malah silibusnya seperti di tahun 1, sekolah pagi. padahal puteri saya baru berusia 5 tahun. 
Beliau dipilih kerana mendapat tempat kedua dalam ujian akhir tahun. hanya 2 orang yang terpilih. Alhamdulillah, melalui gurunya, puteri saya dimaklumkan dapat no 2 untuk keseluruhan tadika Pasti di kawasan tersebut. 
Saya hanya tersenyum bila membayangkan kegigihannya menjawab berhelai2 kertas ujian yang diberi. Markahnya juga memberansangkan. Malangnya , mereka mencari tokoh. Tentulah yang nombor 1 terpilih. Sekurang-kurangnya, beliau telah berusaha dan mempunyai pengalaman berharga sejak umur 5 tahun lagi.
Tahun 2014, usianya 6 tahun. Tidak ragu2 lagi, saya meneruskan beliau ke Tadika PASTI. 
Alhamdulilah, beliau terpilih untuk masuk 3 pertandingan. Nasyid, hafazan dan bercerita. Doakanlah kejayaan untuknya. 
Pn, Dora..Saranan saya, pn boleh memilih samada :
1.a)  jika anak umur 5 tahun, terus hantar ke tadika pasti, dan 6 tahun teruskan. (ilmu fardhu Ain lebih mantap sebab 2 tahun, walaupun suasananya mungkin anak terasa boring)
   b) jika umur 5 tahun,ke tadika yang ada medium English  tetapi ada silibus Islamik 
       umur 6 tahun, terus hantar tadika PASTI. (Bagi elakkan anak terasa boring di tempat yang sama)
2. a) jika umur 4 tahun, boleh juga hantar tadika medium english dan Islamik, then tadika pasti ketika umur 5 dan 
       6 tahun.
    b) atau 4-5 tahun, tadika pasti, kemudian 6 tahun ke tadika medium English dan ada silibus Islamik.
Kesimpulannya, pn Dora,
kena usahakan cari tadika yang kita boleh seimbangkan ilmu2 baru dia. Ilmu akhirat dan ilmu dunia. Jika memilih yang medium English, jangan lupa usahakan english beserta silibus Islamik. Sekarang, memang banyak tadika berkonsepkan demikian.
Apapun, setelah melihat perkembangan puteri dan putera saya, saya memang yakin, 100% tadika PASTI tiada tandingan. Tinggal lagi medium English tidaklah dimantapkan. Akan datang, mana tahu kan?Sebab ilmu akhirat jika tidak diajar dari rebung, kelak liat kita nak mengajarkannya.Tidak melekat dalam hati.. Jati dirinya jadi rapuh. Sedang ilmu dunia, banyak sekali..dan mudah diperolehi. Bila2 masa dan mencapah di mana2.

waalahua'lam. Moga saya membantu pn sedikit sebanyak.






Friday, 30 May 2014

syukru lillah atas nikmatMU

                                         Si adik yang pandai berlakon...

                                         Si abang yang tidak jemu melayan karenah adiknya
                                          Kemana sahaja si adik pasti menjadi peransang
                                          Pertandingan Wirid Doa j-QAF peringkat Zon
                                                  Ada gaya..ada style..putera tersayang

Benarlah...barangsiapa bersyukur, Allah tambah nikmat.

Puteraku akhirnya mendapat 5A yg amat membanggakan utk ujian pertengahan bln Mei.. setelah sangkut dr Jan hingga April 4A1B. Ada saja yg B, bm pemhmn, pnulisan dan sains. English still maintain the highest mark. April yg lalu, Sains 76. latest in Mei, Sains, 96, Mate 91, english 90, bm 85, pnulisan 83, Alhamdulillah. syukur.

Puteraku diajar terus bersedekah ke tabung masjid...kerana apa? kerana Allah beri nikmat tidak terhingga.
Dengan keadaan malasnya yang berhantu dan bersarang dalam otak, Allah beri juga 5A. Hanya 3 orang dari jumlah 102 calon yg mendapat 5A. Berkali2 aku menasihatinya jangan terlalu leka. jangan terlalu cepat berpuas hati. tiada kejayaan datang bergolek. Usaha kena teruskan hingga ke titisan yg terakhir.

Udah namanya kanak2..puteraku spt anak kecil yg lain. tiada perasaan. sekali dia bersungguh, kemudian dia leka semula. sebagai ibu, tugasku mengingatkan beliau biarpun ratusan atau ribuan kali..berbuih mulut ini. inilah tugas yg pling mencabar utkku.

itu hanyalah permulaan wahai anakku...perjalananmu masih jauh...seharusnya ibu akan terus membebel dan membebel...sehinggalah mata ini terpejam rapat.

Baru2 ini..kejohanan merentas desa berlangsung. puteraku spt biasa, bersemgt waja. kasut yg ringan telah dibeli oleh papanya. training di keliling rumah bersama adiknya. pada hari kejadian, slps zohor, beliau mengunci biliknya. terdengar suara org membaca yassin. alhamdulillah, beliau mgunakan semua kekuatan yg ada jasmani dan rohani. rohani nya iaitu memohon kpd Allah agar dia menang no 1.

nasib mnyebelahinya. johan merentas desa dlm tgnnya...ku liht..bpeluh dn bsungguh puteraku smpai awal bbnding murid thn 6 yg lain. beliau membanggakan rumah biru sbg johan merentas desa 2014.

apabila ditanya apa rahsianya...bersahaja puteraku menjawab, " syafiq baca yassin sblum merentas desa, masa lari, bagai ada orang menolaknya dari belakang supaya terus lari walaupun dia xmampu lagi berlari kerana sudah letih" dia sendiri masih tidak percaya..keadaan itu. Mungkin juga malaikat membantunya...aku memberi peransang. entah betul atau tidak..atau dia yang berhalunisasi.heee

sebelum sampai di rumah, papanya membawanya ke masjid, "pergi masukkan sejumlah wang ke dalam tabung masjid. Allah telah memberi kegembiraan kpdmu.."Anakku berlari sambil menggemgam note merah oren dan memasukkan dalam tabung masjid di situ. Mudahan engkau terdidik dengan nilai menderma..kerana sebentar tadi Allah telah mendermakan sedikit kejayaan untukmu..anakku...meskipun mungkin ada orang lain yg lebih hebat drpdmu.seharusnya kamu bersyukur...byk2.




Wednesday, 30 April 2014

subhanallah walhamdulilah wallahuakbar ..atas nikmatMU ya Allah

salam sejahtera

subhanallah walhamdulilah wallahuakbar ..atas nikmatMU ya Allah.

Engkaulah yg memberikan ku kegembiraan dgn kehadiran putera puteriku ini.

Alhamdulillah..syukur..byk perkembangan terkini 2 putera puteri ini.

pertamanya, syukur si abangnya telah membanggakanku:

dilantik pngawas sekolah

wakil catur sekolah hingga ke daerah

tempat ketiga tilawah

keputusan ujian 4A1B dari jan -mac

menjadi imam di surau sekolahnya

membaca doa di perhimpunan sekolah

membaca tazkirah

akan mewakili tilawah sek agama pada mei ini.

Semoga kejayaan cemerlang miliknya selalu. Aku hanya mampu menadah tangan dan memohon hanya yg terbaik utknya.


manakala adiknya pula,

sudah pandai bertilawah dan bertaranum  sebanyak 3 surah (al baqarah , al isra, an nahlu)

beliau juga dijemput sebanyak 2x mempersembahkan bacaannya di pb dan di dewan masjid, shah Alam.

beliau dan rakan2 menang johan dalam sukan menyusun nombor dalam Arab.

beliau telah boleh membaca rumi dan jawi.

beliau telah boleh membaca Al Quran iaitu juzuk 2.


Alhamdulillah, pujian hanya untukMu Ya Allah, kerana Engkaulah yang menganugerahkan anak soleh dan solehah ini.

meskipun ada cabaran dan karenah mereka, namun Engkau beri jua ruang mereka mengkabulkan impian dan hajatku.

astaqfirullahal azim.aku mohon ampun kepadaMU YA aLLAH. sekiranya ada kegagalan dalam mendidik putera puteriku yang tersayang ini.

mahu ku ulang berjuta kali bahawa inilah nikmat dan anugerahMU kepadaku yang tidak mampu aku dustakan.

Aku doakan semoga ibubapa di luar sana mempunyai anak yang soleh dan solehah yang mampu membantu kita ke syurga Allah.

wallahu a'lam