sahabat anakanda syafiq yang sentiasa cemerlang bakal doktor, proffesor, huffaz dan al hafizah, in sha Allah |
Melihat 6 sahabat ini, kelihatan mereka ini mempunyai auranya tersendiri. Mereka murid2,anak2 soleh dan solehah, dambaan guru dan ibubapa. Mereka gigih ketika belajar dan sentiasa bersungguh-sungguh. Namun, akhirnya mereka terpisah kerana masing-masing membawa haluan sendiri.Ada yang mungkin ke bidang tahfiz sains, ada yang ke sekolah agama begitu juga ada yang ke SBP.
Hakikatnya, anakandaku bersedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang dikasihi. Harapan yang tinggal hanyalah ke SMKA iZZUDDIN IPOH. Itupun jika sahabat baiknya Amin dan anakandaku terpilih ke sana bersama-sama.Walaubagaimanapun, Amin mempunyai pilihan pertama dgn SMKA yang berdekatan ibubapanya.Anakku harus menerima realitinya.
Setakat ini, anakandaku kelihatan selamba dan seperti tiada masalah dengan kehidupan di asrama. Kebetulan, kem Tahfiz yang diikutinya 2 minggu banyak membantu beliau melalui pengalaman berdikari sendiri. Syukur kepada seorang rakan yang ditemui ketika ujian Madrasah Idrisiah beberapa bulan yang lalu..Beliaulah yg memberi idea ini kepadaku.
Ditakdirkan Allah, aku berjumpa lagi dengannya dan keluarganya ketika ujian ke SMKA IZZUDDIN tempohari di SMA AL FALAH. Alhamdulilah dan syukur, anakandaku katanya dapat menjawab semua soalan dan hafazan.Kata beliau juga, tajwid yang ditanya, dapat dijawab sepenuhnya.. apa yang boleh aku katakan, hanya mengingatkan beliau berulang kali, supaya bertawakal dan berserah kpd Allah. mudahan anakandaku layak terpilih bersama anak sahabat tadi dan mereka dapat bersahabat baik.Syukur juga, anaknya juga terpilih ke Maktab Mahmud Bandar Baharu. Malangnya, anaknya tidak terpilih ke Madrasah Idrisiah seperti anakandaku.
Tinggal lagi apakah pilihan terbaik untuk anakku..HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...
Disepertiga malam, aku berdoa begini,
"Ya Allah, engkaulah Yang Mengetahui segalanya. Sekiranya mana yang baik untuk anakandaku dan kami, maka kau detikkanlah hati kami kearahnya. Mana2 yang tidak baik menurut PengetahuanMU, maka kau hindarkanlah kami dari memilihnya...Kami yakin semuanya dengan kehendakMU dan kami mohon ampun dan petunjuk untuk apa jua yang engkau telah tentukan dan berilah yang terbaik pada mana2 pilihan kami kepada anakanda kami yang tercinta.Sesungguhnya kami sedar, anakanda kami yang tercinta ini adalah ujian dariMU dan pinjaman daripadaMU semata2...semoga kedua2 anakanda kami ini menjadi anak yg soleh dan solehah, pelajar yang cemerlang, hambaMu yang beriman dan anggota masyarakat yang memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmunya.In sya Allah.Aamin."
No comments:
Post a Comment