Johan Merentas Desa Peringkat Sekolah ..mewarisi bakat papanya |
Assalamualaikum kepada pembaca blogku...
Selawat dan salam buat Junjungan saw dan para saahabatnya...
juga Al fatihah dikirim buat 2 ibubapaku..
Esok merupakan tarikh penting...pd hakikat dunia...dan pada pandangan mata kasar ramai orang. Budaya cemerlang 5A, dalam UPSR memang berhantu pada semua ibubapa kepada calon2 UPSR 2014.
Begitu juga aku. Sedikit sebanyak gusar, kebanyakan masa dipenuhi dgn harapan dan bermunajat pd Allah agar semuanya yang baik2 sahaja. Meskipun, hati kuat menyatakan semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz...dan aku memohon ketabahan utk esok hari...
Anakku, Syafiq kelihatan relak dan tenang sahaja. Beliau mmebaca Yassin seorang diri..Alhamdulilah, memohon yg terbaik utk dirinya sendiri.
Alhamdulillah, baru2 ini beliau dianugerahkan TOKOH J-QAF 2014, kedudukan pertama keseluruhan dlm kelas dan terbaik bg subjek Bahasa Inggeris.
Meskipun begitu, beliau menangis kerana tidak terpilih sebagai TOKOH MURID. Bila aku bertanya mengapa menangis sedangkan dia telah mendapat TOKOH J-QAF? Beliau menjawab..sambil menangis teresak2...Maafkan syafiq ibu, syafiq tidak dapat membanggakan ibu...
ohh tuhan, syukur kau kurniakan aku anak soleh dunia dan akhirat.
begitu sekali jawapannya...aku terkedu.
Beberapa pegawai PPD turut melahirkan rasa simpati dan memuji tindakan anakku yg mempunyai target...meskipun mendapat tokoh yang dikatakan hebat juga, namun beliau masih tidak berpuas hati krn kononnya tidak dapat membanggakan ku...
pada pengamatan aku juga, ada keraguan pada pemilihan tokoh murid tersebut.Namun yang terbaik, aku mngajar anakku supaya redho dan berlapang dada.
Pesanku, manusia seringkali silap, dan mahkamah dunia tidak pernah adil.
Yang selalu adil adalah Allah..dan Dia tidak pernah menipu @ menganiaya hamba2NYA.
Semoga anakku mendapat keputusan 5A, in sha Allah...aku berdebar, namun Allahlah tmpt bergantung harap.
No comments:
Post a Comment