Tuesday, 25 November 2014

TRIAL UPSR 2014

Salam sejahtera kepada mereka yang membaca blog ini.

Alhamdulillah, syukur Allah masih mengizinkan sedikit ruang yang ada ini untuk aku menulis lagi di sini.
Banyak yang tersimpan untuk dirakamkan di alam maya mengenai 2 permata hati ini. Semoga menjadi panduan dan manfaat buat semua.

Terkini...si abang akan dan sedang menduduki TRIAL UPSR 2014. Tadi beliau telah selesai menjawab kertas 2 BM, Paper 2 English, Math kertas 2. Kelihatan beliau nampak tenang sahaja. Kebetulan di bulan Ramadhan pula, maka usahanya aku lihat agak terbatas.

Kerana kurang berselera makan ketika berbuka, beliau demam. mujurlah Nuzul Al-Quran hari cuti.Dapatlah beliau berehat sebelum exam bermula.

Namun, aku tetap kagumi kegigihan dia berpuasa sehingga demam pun, bliau xmahu berbuka. Bila ditanya kenapa? Anakku menjawab, beliau xmahu doanya xdimakbulkan tuhan, katanya orang berpuasa, hajat dan doanya dimakbulkan tuhan.

beliau juga sanggup bertarawih bersama papanya. Sebagai ibu, aku risaukan dia xdapat berdiri lama kerana dia demam, tapi beliau tetap gagahkan diri. Sehingga diri ini terasa insaf. Papanya juga terharu.

Tambah mengujakan pada suatu hari, sekolahnya mengadakan kutipan infaq ramadhan, beliau memaklumkan aku bahaw beliau ingin menderma sebanyak mungkin. Suatu pagi, aku melihat beliu menggulung duit RM1 begitu banyak dan mengikatnya dengan getah, bila ditanya mengapa beliau melakukan spt demikian..
Selambe sahaja beliau menjawab " Syafiq xnak kawan kata syafiq riak..sbb tentu mereka nampak kalu letak banyak duit RM SERINGGIT ni..tapi kalau gulung..xmungkin ada orang perasan. Allahurobbi..begitu sekali jiwa murni dan bersihnya anak ini...

kini aku terasa kesannya...mengimbau kisah ketika beliau berusia setahun lebih..papanya selalu membiarkan duit di tangan puteraku ini..jika papanya ternampak orang meminta derma. Pasti papanya akan menyuruh puteraku meletakkannya sendiri. Kata papanya, biar kita ajar dia suka menderma bila besar nanti ..kalu ibu xpercaya..tunggulah nanti...

ya benar...mengenai menderma,kedua anak ini xperlu disuruh.Mereka akan memaksa dan meminta2 untuk memberi derma jika ternampak kelibat orang menderma. Kesannya telah aku lihat sekarang.

xcukup dgn itu, beliau meminta kebenaran dan memberitahuku..beliau sudah menyimpan duit wang sakunya..sekarang berjumlah RM210. Yang mengujakan aku, beliau ingin menderma di tabung masjid sebanyak RM100 pada hari Jumaat ini. Allahuakbar!!! Tiada langsung rasa duit itu hebat jumlahnya..."

No comments:

Post a Comment