Assalamualaikum wbt
Alhmdulillah, syukur..xbyk yg blh aku katakan lg, yg pasti perancangan Allah adalah terbaik...itu janji Allah. Siapalah makhluk utk menafikannya.
Anakandaku Sayfiq berjaya mendapat 4A1B. B pula ialah Sains.
Guru Sainsnya ..kelihatan merah matanya kerana sedih peratus Sains turun mendadak sekaligus dan dukacita kerana murid targetnya tidak mencapai sasaran.
Bagi aku, semua guru anakandaku telah melakukan yg terbaik.
Kepada Allah aku berserah dan bersyukur.Mujur juga B.Kalau C...Lagi la..nauzubillah..Belajarlah erti bersyukur.Itu pesanku pada anakandaku tercinta.Walaupun dia menangis teresak2, memohon maaf, kerana tidak membanggakan ku..aku membalas, Alhamdulilah, Allah dah bagi yg terbaik tu. Allah lebih tahu..kenapa dia tidak mengizinkan anakandaku 5a padahal dari Mac @ April, anakandaku mencatat 5A hingggalah ke ujian Percubaan.
Aku tidak kecewa dia tidak mendapat 5A, cuma aku sugul bila membayangkan tahun hadapan tiada lagi kedengaran suara anakandaku melaungkan azan di sekolah, membaca doa di perhimpunan, menjadi imam di surau dan bertaranum jika ada majlis dan mengetuai bacaan Yassin di kalangan murid.
Suara itu telah berhenti dan tidak akan kedengaran lagi. Mudahan ada penggantinya nanti.
Banyak iktibar, yang aku perolehi...terutamanya, kelmarin sewaktu aku memunggah barang dari kereta, cawan cenderahati sekolah utk murid tahun 6 anakandaku terjatuh dan pecah. Aku mula terfikirkan mungkin Allah ingin memberitahuku sesuatu.Seingat aku 2x cawan dihadiahkan sekolah krn cemerlang ujian blnn 5A pecah. Itu sebahagian petanda yg aku ingat.Akhirnya, kegusaran ku terjawab, benar..itulah kerisauannya.
Sementara ketika anakandaku berjaya cemerlang 8A..untuk ujian UPKK, dia memberitahuku dia bermimpi, nampak cahaya lalu dia sempat pegang cahaya itu..dan cahya itu sangat terang. Itu adalah petanda dia dapat 8A.Akhirnya benar apabila suamiku menerima sms menyatakan anakandaku cemerlang 8A..seramai 9 orang.
Strategi seterusnya memastikan anakanda Syafiq lulus interview ke SMKA iZZUDDIN SHAH..Semoga Allah mempermudahkan.
Yang paling aku terharu, anakandaku selalu mendoakan kejayaan rakan2nya..disebut berulangkali nama muhaimin di dalam doanya.Doanya dimakbulkan tuhan semua rakannya cemerlang malah Muhaimin paling cemerlang dgn 5A.
Papanya tidak putus asa, lalu borang semakan semula keputusan UPSR diambil, berbekalkan dokumen ujian2 bulanan dan trial anakandaku yang mantain 5A, rakan2 suamiku menasihatinya supaya menyemak semula keputusan tersebut di Putrajaya. Mana tahu, rezeki anakku Sainsnya 5A.
Sepanjang peperiksaan berlangsung, dialah satu2nya murid yang mengambil wudhuk dan mengajak rakan2 baiknya berbuat demikian sebelum menjawab peperiksaan dan solat Dhuha dan hajat jika sempat.Itu sudah cukup membanggakan ku..sbg ibunya.
Aku berdoa kpd Allah meskipun anakandaku ini diuji dengan cuma 4A1B...sedangkan dia anak yang taat dan menunaikan ibadah..dan sudah berusaha sehabis daya...namun Allah pasti merancang yang terbaik utknya. Semoga dia berjaya menjadi PROFFESOR yang bergelar AL HAFIZ seperti yang dimpikannya.
Petang td, anakandaku sambil sengih.meleret.berkata, "tak dapatlah Syafiq nak ke legoland ..sebab tak dapat 5A.kan ibu."Aku mengangguk kepala tanda setuju.Itulah perjanjian yang terpateri antara dia dan aku serta suami. Anakandaku dah biasa dengan prinsip begitu. Kejayaan mesti ada ganjaran, jika kurang cemerlang, ada penghargaan lain yang kami telah fikirkan. Aku sentiasa berikan penghargaan yang setimpal.supaya anakandaku sentiasa bersemangat untuk melakukan yang terbaik..dan ganjaran kali ini.iaitu mungkin akan ke Langkawi jika ada masa untuk meraikan kejayaannya.
Mungkin di atas kertas anakandaku kurang cemerlang, tapi di hatiku...anakandaku sudah 5A di hatiku kerana solat yg 5 sentiasa di hatinya.Selain dia slealu tahajud dan sudah biasa dgn solat dhuha dan hajat. Yassin pula sudah jadi teman karib. Tahniah dan syabas untuk anakanda tercinta.Ibu bangga denganmu.
UPSR 44A1B
SERAI 4A1B
UPKK 8A
TOKOH JQAF
UJIAN MAC HINGGA TRIAL UPSR MAINTAIN 5A
MURID TERBAIK BAHASA INGGERIS
KEDUDUKAN TEMPAT PERTAMA KESELURUHAN KELAS
CATUR PERINGKAT NEGERI
PUBLIC SPEAKING PERINGKAT SEKOLAH
TILAWAH AL QURAN KETIGA ZON
PENGAWAS SEKOLAH DR TAHUN 2
WIRID DAN DOA PERINGKAT SEKOLAH
IMAM, AZAN, KETUA BACAAN YASSIN
JOHAN MERENTAS DESA
PENGAKAP PINGAT KERIS GANGSA
MAHIR BERBAHASA INGGERIS
Semoga terus cemerlang pada masa akan datang. Ibu sentiasa mendoakan kejayaanmu. Jangan jemu berusaha dan teruskan kualiti diri anak soleh di dunia dan di akhirat hingga akhir hayatmu.
No comments:
Post a Comment