Saturday, 9 August 2014

syukur 200%..Allah kabulkan doa dan impian anakku..Aku mohon keampunan padaMU Ya Allah...

Gembira dan sedih sentiasa bersilih ganti. Namun, sewajarnya kedua situasi berikut sepatutnya memberi impak yang sama pada kita. Itulah yang cuba diaplikasikan untuk 2 anak ini. Jika berjaya, ditambahkan kesyukuran dan ditambahkan amalan dan dimuhasabahkan diri, layakkah mereka menerima nikmat tersebut, dan jika kalah, sewajarnya anakku diajar supaya harus bersyukur dan yakinkan diri, setiap kejadian pasti ada hikmah, kerana sesungguhnya Allah  sentiasa memberi yang terbaik kepada hambaNYA.

Begitulah cerita 2 beradik ini.

Tanggal 5 Ogos 2014, si abang telah dipilh mewakili PUBLIC SPEAKING COMPETITION oleh teachernya. Beliau diberi masa 1 minggu untuk menghafaz teks tersebut. Malang lagi, seminggu itu kebetulan cuti berhari raya. Sebagai ibu, aku memastikan setiap hari cuti tersebut, beliau menghafal mengikut perenggan demi perenggan. Kasihan juga, apakan daya amanah dari gurunya. Kelihatan beliau tidak berapa yakin kerana berkali2 bertanyaku, kenapa guru memilihnya? Jawabku mudah, " Syafiq the best student in english Subject, pastinya teacher membuat pilihan terbaik.

Berdasarkan pengalaman debat yang telah aku dan suami menghantarnya ke kursus beberapa tahun lalu, beliau aku yakinkan supaya terus berusaha. Malamnya sibuk menyiapkan latih-tubi upsr, malamnya berlatih teks yang diberi guru.

Hari yang dinanti tiba, tetapi sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Anakku membuat keputusan menarik diri. Tidak tahu di mana puncanya. Pagi tersebut, beliau nampak ok. Aku beranggapan, mungkin ada guru yang mengguris hatinya. Lalu, aku dipanggil untuk memujuknya. Puasa kupujuk, beliau tetap berdegil. Beberapa kali , berselawat, menghembus perlahan2 di kepalanya, dan dipujuk papanya melalui telefon, dan dipujuk rakan baiknya, NASUHA beliau gagahkan diri.

Nasihat papanya dituruti bagi menenangkan diri. Solat dhuha, solat hajat dan pastikan berwudhuk ditunaikan sebelum masuk ke lokasi pertandingan.

Malang lagi, gilirannya terlalu lama.no 8. Penat beliau menunggu.hingga moodnya yang baik itu hilang.
Apabila naik ke pentas, bermula dengan nada yang jelas, gaya yang boleh dibanggakan. Sayangnya, Allah mengujinya. Belliau tiba2 terlupa 1 ayat dan kelihatan tersekat2. Kemudian menyambung dan dapat tamatkan. Sekiranya ayat itu dijump terus, beliau masih punya harapan.Sekurangnya tempat ketiga.

Kemudian, selesai section A, pergi pula section B, beliau dikehendaki spontan menceritakan tentang what do want to be, when you grow up.., subhanallah...tajuknya seperti yang dijangkakan. Anakku telah pun berlatih.
Malang lagi, beliau begitu terpengaruh dengan emosi kecewanya di section A sebentar tadi. Sepatutnya diceritakan tentang cita2 sebagai proffesor yang penuh maklumat, telah ditukar kepada menjadi seorang doktor. Itupun alhamdulillah, dapat jugak beliau membina ayat sendiri.

Akhirnya, keputusan diumumkan, beliau alhamdulillah dapat tempat keempat. Sedikit sahaja kesilapan, bukan rezekinya.Terdengar maklumat di hujung telinga, ada maklumat dari hakim menyatakan, johan pertandingan tersebut, grammarnya agak tunggang langgang berbanding anakku yang lebih tersusun grammarnya.

Apakan daya, bukan rezekinya. Beliau dan aku sebagai ibu harus menerimanya. Sedih juga, tapi Allah tidak pernah menganiaya hambaNYA. Kata papanya, Allah akan menggantikan kejayaan dengan yang lain, sekarang, bersabarlah. Berhari2 juga, aku mmemuhasabahkan diri. Namun, solat hajat dan tahajud terus menerus dilakukan memohon dipermudahkan dalam apa jua untuk kedua anakku.

Masya Allah, Allah membalas secara cash belum pun sampai seminggu.

Hari ini, tanggal 9 Ogos 2014, adiknya balqis menerima 3 kemenangan yang membanggakan dalam 3 pertandingan.

Beliau menang:
 Johan HAFAZAN.
Johan Bercerita
Naib Johan, Nasyid

Hinggakan tadikanya mendapat Johan Keseluruhan kerana beliau dan rakan2nya menang banyak acara.
syukur 200%..Allah kabulkan doa dan impian anakku..Aku mohon keampunan padaMU Ya Allah...

Ya Allah, kami tidak layak terima semua ini, sedangkan dosa kami menggunung..
Alhamdulillah atas segala kasih sayangMU...MENGGEMBIRAKAN HATI YANG SEDIH
mengurniakan rasa syukur..malah memberi ramai orang lain di sekitar anakku juga gembira.
MASYA aLLAH, NIKMATMU tidak terjangkau Ya Allah.

Jadikanlah anak2ku orang yang mengingatiMU meskipun ketika sedih atau gembira.

Beliau kami hadiahkan 1 set mainan dapur yang menjadi iagauannya. Aku tidak membelinya selagi tiada kejayaan diperolehi.Akhirnya, impiannya memiliki set dapur tersebut tercapai. Usahanya menghafal 3 helai muka surat teks cerita Nabi Sulaiman membuahkan hasil.Hafazannya yang berlagu juga memberi banyak kelebihan kepadanya berbanding peserta lain dan suaranya yang kuat dan nyaring membantu rakan2 nasyidnya menang sebagai Naib Johan Nasyid.

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

TAHNIAH UNTUK 2 ANAKKU DARI IBU DAN PAPA.

Kalian menyinari kehidupan kami, guru2, rakan2 dan mereka yang lain.Anakku juga terhutang budi di atas doa2 rakanku dan rakan2 papanya.





No comments:

Post a Comment