Tuesday, 11 December 2012

Role Model Aeybal

Tahniah kerana jadi contoh kepada adik Bal
No 2 keseluruhan kelas dan Subjek Terbaik B.Inggeris

Papa hadiahkan ini, Alhamdulillah. Dapat hadiah ini...sbb no 2 je
Syafiq kena sujud syukur...

Anak teruna yang satu ini, sangat suka bermain games. Agaknya dia teror English kerana banyak istilah English yang dipelajarinya indirect kat situ. Tapi untuk subjek lain, dia kena berusaha keras. Kerana dia jenis yang kadang-kadang suka berada dalam dunia dia, jadi aku sebagai ibu kenalah remind dan guide dia selalu.
Dia memang ada jadual belajar yang ketat. Boleh main games bersyarat. 

1.Sudah solat
2.Sudah baca Al-Quran
3.Sudah buat latihan -latihan dalam buku kerja 

Barulah Syafiq dibenarkan main games. Adakalanya rules ini diikutinya tanpa merungut. Adakalanya, dia menunjukkan pemberontakannya. Namun, aku ignore je. Jangan dilayan. Perlu diingat, ini semua untuk kebaikan anak kita. Biarkan. Hasilnya nanti, kita juga dan dia akan gembira apabila mendapat keputusan yang membanggakan.

Begitulah anak-anak.Memang memerlukan guidance dari kita sebagai ibubapa. Beruntunglah jika ada anak-anak yang tidak perlu disuruh. Ia memang anugerah Allah yang tidak perlu dipersiakan.

Seperti zaman aku dulu. Seingat aku, aku tidak perlu disuruh untuk belajar. Aku memang minat belajar, hingga tidak mahu ponteng, walaupun waktu kokurikulum. Kerja sekolah mesti siap dengan kemas. Tulisan sentiasa dipuji guru. Jika melukis, pasti lukisan aku akan ditampal di papan kenyataan. Bila ada pertandingan, aku akan berusaha memberikan terbaik sehingga beroleh johan dalam beberapa pertandingan. 

Namun, serajin mana pun aku waktu di sekolah dulu, kewangan pula menjadi punca kesedihan kerana tidak dapat membeli buku-buku latihan yang diinginkan seperti kawan-kawan yang lain.

Hal tersebut mungkin tidak turun kepada anak lelakiku yang satu ini gara-gara hidupnya terlalu mewah barangkali. Apa yang dipintanya selalu dapat.

Sewaktu di Tahun 1, Syafiq dapat no 1, dengan semua mata pelajaran mendapat A. Jadi dapat hadiah notebook rm1300.

Sewaktu di Tahun 2, dapat no 2. 
Dapat handphone rm450. 
Di tahun 3, mendapat no 4 dan 5A.  
Di tahun 4, no 2  dan pelajar terbaik bahasa Inggeris. 
Dapat basikal RM230.

Ya Allah, anak ini memang bertuah. Mudah-mudahan tuahnya menyelamatkanku dan suami di dunia dan di akhirat.Amin.


No comments:

Post a Comment