Sunday, 9 December 2012
AEYBAL ketika umur 3-4 bulan
Inilah wajah Aeybal ketika 3-4 bulan. Beliau sudah pun ada koleksi tudung yang cantik. Beratnya ketika lahir 3.7 kilo. Lahir di Pusrawi Damansara secara pembedahan. Kos pada masa tu cecah RM5500. Anak yang bertuah ini kini telah berumur 5 tahun. Cepat sungguh masa berlalu.
Setiap hari, Aeybal akan bangun awal dan akan bertanya bila dia hendak ke sekolah. Aku telah cuba untuk mendaftar di Tadika Pasti berdekatan rumah. Malangnya sudah penuh. Aku kasihankan dia. Kalau nak diikutkan, di kawasan perumahanku, ada 10 cawangan Tadika Pasti. Besok akan ku usahakan untuk mencari mana-mana cawangannya yang masih kosong.Mu dah-mudahan Aeybal dapat belajar di sana. Bantulah Ya Allah. Kepadamu aku berharap dan memohon hajat ini!!!
Ya Allah, permudahkanlah. Kasihanilah anakku yang inginkan biah Islamiah ini. Kalau aku menghantarnya di sekolah tadika lain, pasti dia akan kekurangan kemahiran berbanding rakan-rakannya di Tadika Pasti yang dapat menghafaz surah atau hadis atau doa.
Ya Allah, izinkanlah untuk anakku ini, permudahkanlah ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment