Aeybal sewaktu kecil, gemok dan tembam! |
Hari ini Aeybal mengejutkan lagi aku dan suami. Ketika suami letih membuat kerja-kerja di luar rumah, Aeybal datang, dengan secawan milo sejuk. 'untuk Papa..." katanya. Allahurobbi. Anak ini selalu make a surprise...
Tersenyum suamiku. Walaupun airnya kurang sedap, sebab hanya letakkan air sejuk, susu dan milo, sebab untuk ambil air panas, dia masih tak berani. Suami tetap memuji anakku.Sedapnye, kata papanya. Maka terkulat-kulatlah dia menyengih dan happy dipuji.
Bila ditanya, air ibu mana? Dia mulalah terkejut alamak! nanti Aeybal buatkan" Aku lantas menyahut. tidak perlu...Adik Bal dah lupa ke, ibukan tak minum milo.Dia kemudian tersengih lagi...tanda lega.
Syukur Alhamdulillah, Adik Bal sentiasa membahagiakan kami. Alhamdulillah, Ya Allah. Tidak tahu bagaimana kami ingin membalas jasa dan budiMU ya Allah kerana mengurniakan anak ini.
Tidak terbayang di minda bagaimana perasaan suami isteri yang tidak punyai anak. Apatah lagi, bertahun-tahun lamanya. Aku selalu memujuk mereka, dengan berkata, jika Allah memberi anak, bukanlah ia suatu perkara yang perlu diambil mudah. Sebagai ibubapa yang soleh, kita mahu menjadikan anak kita sebagai soleh dan solehah. Maka itulah yang menjadi cabaran besar.
Adakalanya, kerana melayan mereka, ibadah kepada Allah boleh terganggu. itulah yang menjadi ujian pula.
Sebaliknya jika Allah tidak memberi anak, maka masa terlalu banyak. Maka, habiskanlah ia dengan beribadah semampu mungkin. Berbahagialah kerana pemberian Allah adakalanya sekejab, adakalanya berkekalan. Itu juga boleh menyakitkan kepada mereka yang Allah berikan. Tetapi jika tidak diberi, tidak ada yang perlu dirisaukan. Kadang-kadang mungkin walaupun Allah tidak memberi, hidup dirasakan lebih berbahagia selalu. Berbanding yang Allah beri, terlalu banyak perkara yang nak dirisaukan memandangkan kurniaan Allah itu adalah berbentuk pinjaman jua semata-mata.
No comments:
Post a Comment