Tuesday, 18 December 2012

TIPS ANAK LELAKI SUPAYA SOLAT SEJAK KECIL LAGI




TIPS ANAK LELAKI SUPAYA SOLAT SEJAK KECIL LAGI

1.Anak lelaki memang nalurinya suka bermain. Eg games, basikal, beyblade dll. Jadi kita sebagai bubapa mesti letakkan syarat sebelum bermain. Anak-anak dibenarkan main jika:

1.Mesti sudah solat
2.Mesti sudah baca Al-Quran
3.Mesti sudah ulangkaji pelajaran eg membuat latihan dalam buku kerja yang kita beli @ latihan di internet eg score A @ zoom A dll

2. Bawa anak berjemaah di masjid. Jika berjemaah dirumah, test azan dan iqamat dia.
Peluk dan pujilah anak beribu kali dgn menyatakan Alhamdullillah, anak papa anak yg soleh. InsyaAllah anak akan ada aura utk bersolat berjemaah. InsyaALLAH.
Check juga cara anak-anak solat, kaki dia terutamanya. Tengok youtube dan tunjukkan cara yg betul jika dia salah.

3. Boleh juga belikan dia jubah yang cantik, gantung di dalam bilik dan dia akan bersemangat untuk solat.

4.Anak-anak biasa akan lalai. Jadi rotan mesti dipamerkan sebagai amaran terakhir.

5.Jika bapa tiada di rumah, latih anak supaya berjemaah bersama ibu dan adik-beradiknya. Beri dia ganjaran eg jika dia berjaya solat berjemaah, masa bermain games akan ditambah @ ada hadiah menanti. (hadiah hanya sampingan dan galakan sahaja jika usia masih kecil) . Tekankan 27 pahala berjemaah dgn menceritakan jika berjemaah umpama naik ferrari, jika tidak berjemaah spt dapat naik beca je.

6.Latih anak jadi imam dengan Test bacaan-bacaan dalam solat.terutama surah Al Fatihah. Caranya, masa dia nak bermain basikal, sambil naik basikal, suruh dia baca surah Al-Fatihah 10 pusingan, atau sebelum anak bermain games, suruh dia google surah2 lazim, doa qunut, tahiyyat dll. Kalau ada ipad, download surah-surah lazim dll. Sambil anak berhibur, jangan lupa keperluan makanan rohani dia. Andai dia berjaya hafal mana-mana surah, berilah ganjaran sebagai menghargai dia. Anak-anak akan bersemangat untuk menghafal. eg Anak saya suka beyblade, jadi koleksi beybladenya adalah dari surah yang dihafal, berjaya azan, berjaya iqamat dll.

7. Hantar anak ke sekolah agama. Buktinya anak saya telah solat tanpa disuruh. Apabila ditanya adakah dia takut dirotan. Dia jawab " sambil menangis, dia takut masuk api neraka Allah seperti yg diceritakan oleh ustaz di sekolah agama. Allahurobbi. Saya mengalirkan air mata, lalu memeluk beliau. Alhamdulillah dan terima kasih kepada ustaz di sekolah agamanya. Jangan kita berkira untuk menghantar anak ke sekolah agama, kerana hasilnya pasti membanggakan kita juga.

8 . Tampal azab orang yang meninggalkan solat di bilik anak @2 Belikan buku dan bacakan. Ceritakan, bukan kita ibubapa yang suruh, tapi Allah yang suruh. Sape tidak solat, Allah akan bakar dengan api yang panas. Google dalam internet, bagi anak tengok. Tekankan juga solat lah cara kita bersyukur kpd Allah pada setiap hari.Ceritakan kalau orang bagi hadiah pada anak, kita kena ucapa terima kasih, tapi kalau Allah beri banyak hadiah, nikmat kpd kita, kita kena solat sbg ucapan terima kasih kita kepada Allah. @ cerita pada anak jika nak lihat wajah Allah, kita kena solat banyak-banyak. Ceritakan sesuatu yg boleh mengujakan dia @ menakutkan dia supaya dia akan ingat kenapa perlu solat.

9.Latih juga anak-anak bila selepas solat, mesti berdoa dahulu. Ceritakan juga, jika kita, ibubapanya mati, kita perlukan doa mereka.Doa anak yg soleh. Ulang banyak-banyak kali biar melekat dalam minda mereka. Latih apa yang perlu mereka doakan ;
1.Doa untuk impian mereka sendiri
2. Doa untuk ibubapa - sihat, murah rezeki, jauh azab api neraka, selamat dunia akhirat
3.Doa untuk orang islam di seluruh dunia terutama Palestine dll

(biarkan mereka doa dalam bahasa mudah mereka, bagi anak yg masih kecil, jika anak yg sudah besar, boleh diajar doa bahasa Arab)

10. Bila anak dah biasa solat, ajarkan anak supaya solat Dhuha, solat Hajat , Tahajud dan solat sunat. Caranya , Tanyakan keinginan atau impian anak yang belum tercapai. Ceritakan semua impian itu tidak mustahil dengan syarat kena minta pada Allah.Cara minta kenalah berdoa dan solat. beritahu anak jika nak doa makbul kena solat tahajud. nak lembutkan hati ibubapa untuk beli apa yg diinginkan kena solat hajat. jadi secara tidak langsung, anak diajar supaya berharap pada Allah dan rajin berdoa bila inginkan sesuatu.

11.Ibubapa kena rajin berdoa untuk lembutkan hati anak dan hafal doa ini:

Doa Supaya Tetap Mendirikan Solat


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

(Ibrahim : 40/41)


11. Bagi anak yang keras hati atau payah nak solat, IBUBAPA kena usahakan cara ini:

1.Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Toha :ayat 1-5.

Usapkan di ubun kepala anak ketika anak sedang tidur.

2.Baca Yassin bersama keluarga dan letak sekotak air mineral yg dibuka tudungnya.

InsyaAllah, air itu diberi anak minum.


Semoga tips ini dapat membantu anak-anak kita solat, mengekalkan momentum solatnya dan tidak meremeh-temehkannya. InsyaAllah.

Tips utk mendidik anak pompuan utk solat:

AEYBAL denga telekung barunya

Tips utk mendidik anak pompuan utk solat: 

1. dibelikan telekung yang cantik . 
2. puji byk2 kata cantik
3. doa semoga anak lembut hati
4. rotan sebagai pameran sahaja
5. selesai solat berikan hadiah yg dia suka ; contoh: ais cream
6. peluk anak selepas solat
7.cerita azab api neraka
8.beritahu dia semua orang Islam, kena solat, kalau tak nak solat, kita kena dok planet lain, tak boleh duduk di bumi ni. Planet lain tak boleh nak makan ais cream.
9.Beritahu kena solat sbb nak bersyukur pada Allah, sebab Allah beri mulut, boleh makan aiskrim, tangan boleh pegang aiskrim, kaki boleh pergi kedai beli aiskrim.
10.Kalu pergi pasar malam, jumpa orang cacat, tunjuk dekat dia.Ungkit balik cerita no 9.





(Bila dimasukkan di dalam fb, terdapat yang salah faham tips 10)





Begini, tips 10, ialah mengajar anak supaya bersimpati dgn orang cacat yg ditakdirkan begitu, dan mengajar anak supaya bersyukur kerana Allah takdirkan dengan anggota badan yg sempurna, dan ajarlah anak supaya menderma, bukan menunjukkan utk menghina orang yg cacat kerana itu semua takdir ALLAH"

Semoga kita berjaya mendidik anak kita supaya solat sejak dari kecil lagi.

Thursday, 13 December 2012

Kenduri

Bergaya dengan tudung favourite colour pinky girl

2 minggu yang lalu, bapa saudaranya baru dijabkabulkan. Jadi, Aeybal yang paling banyak bertanya itu ini.
Bukan sekadar bertanya, dia ingin membantu apa sahaja yang dilakukan oleh orang dewasa. Aku biarkan as long dia tidak make it trouble.

Di hari kenduri, ada jokes yang aku dan suami tak tahan nak gelak. Rupa-rupanya Aeybal ni alert dan prihatin orangnya. Dia duduk di sebelah ibuku ketika di hari kenduri. Agaknya, dia pelik, mengapa opahnya bila bersalam dapat duit dari tetamu yang hadir. Namun dia tidak bertanya pada hari kenduri.Mungkin, dia terlupa.

Keesokkannya, dia bertanya padaku. Ibu, kenapa opah msa kenduri, ambil duit macam ni, sambil beliau menarik tanganku nunjuk gaya mengambil duit dari tetamu. Maka, aku dan suami ketawalah sepuasnya. Hmm...memang dia memerhati rupanya. Alert dan prihatin.



Telekung baru

"Adik bal nak solat, tapi ibu kena belikan telekung baru"kata beliau pada suatu hari.

Lalu aku belikan telekung, bersulam. Maka ceria dan gembiralah dia berjemaah bersama abangnya.

Begitulah anak-anak. Apatah lagi anak perempuan .Suka bergaya! Biarlah!





                                                         Kusyuk-masyuk la tu...

milo untuk Papa

Aeybal sewaktu kecil, gemok dan tembam!


Hari ini Aeybal mengejutkan lagi aku dan suami. Ketika suami letih membuat kerja-kerja di luar rumah, Aeybal datang, dengan secawan milo sejuk. 'untuk Papa..." katanya. Allahurobbi. Anak ini selalu make a surprise...

Tersenyum suamiku. Walaupun airnya kurang sedap, sebab hanya letakkan air sejuk, susu dan milo, sebab untuk ambil air panas, dia masih tak berani. Suami tetap memuji anakku.Sedapnye, kata papanya. Maka terkulat-kulatlah dia menyengih dan happy dipuji.

Bila ditanya, air ibu mana? Dia mulalah terkejut alamak! nanti Aeybal buatkan" Aku lantas menyahut. tidak perlu...Adik Bal dah lupa ke, ibukan tak minum milo.Dia kemudian tersengih lagi...tanda lega.

Syukur Alhamdulillah, Adik Bal sentiasa membahagiakan kami. Alhamdulillah, Ya Allah. Tidak tahu bagaimana kami ingin membalas jasa dan budiMU ya Allah kerana mengurniakan anak ini.

Tidak terbayang di minda bagaimana perasaan suami isteri yang tidak punyai anak. Apatah lagi, bertahun-tahun lamanya. Aku selalu memujuk mereka, dengan berkata, jika Allah memberi anak, bukanlah ia suatu perkara yang perlu diambil mudah. Sebagai ibubapa yang soleh, kita mahu menjadikan anak kita sebagai soleh dan solehah. Maka itulah yang menjadi cabaran besar.

Adakalanya, kerana melayan mereka, ibadah kepada Allah boleh terganggu. itulah yang menjadi ujian pula.

Sebaliknya jika Allah tidak memberi anak, maka masa terlalu banyak. Maka, habiskanlah ia dengan beribadah semampu mungkin. Berbahagialah kerana pemberian Allah adakalanya sekejab, adakalanya berkekalan. Itu juga boleh menyakitkan kepada mereka yang Allah berikan. Tetapi jika tidak diberi, tidak ada yang perlu dirisaukan. Kadang-kadang mungkin walaupun Allah tidak memberi, hidup dirasakan lebih berbahagia selalu. Berbanding yang Allah beri, terlalu banyak perkara yang nak dirisaukan memandangkan kurniaan Allah itu adalah berbentuk pinjaman jua semata-mata.

Tuesday, 11 December 2012

Adik Aeybal yang mengujakan

Koleksi Tudung Siti Aeybal
Tadi Aeybal mengujakan aku. Ketika kami makan bersama,  selepas dia habis makan, dia membuang sisa makanan, asingkan sudu dan membasuh semua pinggan-mangkok dalam sinki. sUBHANALLAH...

ANAK ini memang istimewa dan selalu make me proud of you...

Alhamdulillah, Allahlah yang patut dipuji kerana mengurniakan anugerah  ini.


HAPPY BIRTHDAY ...ABANG SYAFIQ dari AEYBAL, adikmu

Birthday Card -wasiat untuk anak terunaku


Happy birthday Anakku...Semoga menjadi anak yang soleh. Berbahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Itulah yang utama.

Pelik je cara papa suapkan syafiq

Role Model Aeybal

Tahniah kerana jadi contoh kepada adik Bal
No 2 keseluruhan kelas dan Subjek Terbaik B.Inggeris

Papa hadiahkan ini, Alhamdulillah. Dapat hadiah ini...sbb no 2 je
Syafiq kena sujud syukur...

Anak teruna yang satu ini, sangat suka bermain games. Agaknya dia teror English kerana banyak istilah English yang dipelajarinya indirect kat situ. Tapi untuk subjek lain, dia kena berusaha keras. Kerana dia jenis yang kadang-kadang suka berada dalam dunia dia, jadi aku sebagai ibu kenalah remind dan guide dia selalu.
Dia memang ada jadual belajar yang ketat. Boleh main games bersyarat. 

1.Sudah solat
2.Sudah baca Al-Quran
3.Sudah buat latihan -latihan dalam buku kerja 

Barulah Syafiq dibenarkan main games. Adakalanya rules ini diikutinya tanpa merungut. Adakalanya, dia menunjukkan pemberontakannya. Namun, aku ignore je. Jangan dilayan. Perlu diingat, ini semua untuk kebaikan anak kita. Biarkan. Hasilnya nanti, kita juga dan dia akan gembira apabila mendapat keputusan yang membanggakan.

Begitulah anak-anak.Memang memerlukan guidance dari kita sebagai ibubapa. Beruntunglah jika ada anak-anak yang tidak perlu disuruh. Ia memang anugerah Allah yang tidak perlu dipersiakan.

Seperti zaman aku dulu. Seingat aku, aku tidak perlu disuruh untuk belajar. Aku memang minat belajar, hingga tidak mahu ponteng, walaupun waktu kokurikulum. Kerja sekolah mesti siap dengan kemas. Tulisan sentiasa dipuji guru. Jika melukis, pasti lukisan aku akan ditampal di papan kenyataan. Bila ada pertandingan, aku akan berusaha memberikan terbaik sehingga beroleh johan dalam beberapa pertandingan. 

Namun, serajin mana pun aku waktu di sekolah dulu, kewangan pula menjadi punca kesedihan kerana tidak dapat membeli buku-buku latihan yang diinginkan seperti kawan-kawan yang lain.

Hal tersebut mungkin tidak turun kepada anak lelakiku yang satu ini gara-gara hidupnya terlalu mewah barangkali. Apa yang dipintanya selalu dapat.

Sewaktu di Tahun 1, Syafiq dapat no 1, dengan semua mata pelajaran mendapat A. Jadi dapat hadiah notebook rm1300.

Sewaktu di Tahun 2, dapat no 2. 
Dapat handphone rm450. 
Di tahun 3, mendapat no 4 dan 5A.  
Di tahun 4, no 2  dan pelajar terbaik bahasa Inggeris. 
Dapat basikal RM230.

Ya Allah, anak ini memang bertuah. Mudah-mudahan tuahnya menyelamatkanku dan suami di dunia dan di akhirat.Amin.


Kisah Abangnya ...








 Nama : M.Syafiq Ariff
umur : 10 tahun
bercita-cita: menjadi Professor
Hobi : Surfing internet, hack games
Al-Quran : Juzuk 25.

Alergic:bulu kucing
Makanan kegemaran: Char Ko Teau
Paling takut : lipas
Binatang paling disukai : kucing, belalang, ikan hiasan

Kelebihan: boleh berpidato
                 Pandai bahasa Inggeris
                 Pandai bertaranum
                 Pandai azan versi Muhammad Toha Al Junayd

Role Model Beliau:

1.Ustaz AZHAR iDRUS
2 qARI.Muhammad Toha Al Junayd

Koleksi : Beyblade

Kartun: Wallace & Gromit

Hobi masa lapang: melukis kartun karakter sendiri

patung permainan: ular ikea



 kekurangan : cepat marah
                     Menangis jika ibu sakit

Kadangkala : Menangis selepas solat. Bila ditanya kenapa?
                     Dia takutkan api neraka seperti yang ustaz cerita tu.

Amalan ibu semasa mengandungkannya: 
Khatam Al-Quran @ banyak berselawat ketika dalam pantang 



Sempat snap sebelum 2 beradik berjemaah

Syafiq akan jadi imam. Maka dibelakngnya akan adalah adiknya. Adiknya kadang-kadang mendahului imam jika dia sedang marah. Kadang-kadang dia bagus sampai terkumat-kamit  membaca Al-Fatihah. Ya Allah, kekalkanlah momentum mereka untuk sujud kepadamu, apatah lagi tanpa disuruh. InsyaAllah.

Buat masa sekarang, no solat, no reading Al-Quran, no Iqra;, no more games. Itulah ugutan aku kepada dua orang anak ini. Masa mood aku baik. Jika mood aku tidak baik,aku  terus tunjuk rotan atau hanger. Alhamdulillah, buat masa ini aku berjaya. Alhamdulillah, juga kadang-kadang tanpa ugutan pun, mereka dah tak payah disuruh untuk bersolat.

Si Anak Dara perlukan motivasi untuk solat. Maka aku belikannya telekung yang cantik. Harga RM50. Jadi dia bersemangat untuk solat kerana telekung itu. Alhamdulillah.

Anak-anak memerlukan kreativiti kita sebagai ibubapa mereka dalam mendidik mereka. Kalau tidak, mereka akan mencipta pelbagai alasan demi alasan.









hadiah basikal untuk aeybal yang rajin

.

Basikal ini untuk anak ibu yang rajin. Alhamdulillah, papa belikan buat anak dara dan terunanya. Harga rm300 lebih untuk 2 basikal. Aku pilihkan dia warna merah, tapi Aeybal berkeras nak warna pink.Terlupa plak dia favourite's colour dia pink. Jangan haraplah nak beli warna lain. Dia dah warning, bilik dia pun nak warna pink, katil, even kelambu yang comel pun dah beli warna pink. Hai ....itulah anak my lovely girl...pink girl.

Al kisah tentang Tadika Pasti, Alhamdulillah, tadi kami telah survey dan atas bantuan orang di satu taman perumahan, dapatlah kami no tel Tadika Pasti tu. Alhamdulillah, syukur ya robbi, besok kami akan mengambil borang. Kata Pengendali tadika, masih ada kekosongan dan akan adakan orientasi pada 27 dan 28 Dis ni.Alhamdulillah.

Ya Allah. Aku ingin sujud syukur kepadaMU.




Sunday, 9 December 2012

AEYBAL ketika umur 3-4 bulan


Inilah wajah Aeybal ketika 3-4 bulan. Beliau sudah pun ada koleksi tudung yang  cantik. Beratnya ketika lahir 3.7 kilo. Lahir di Pusrawi Damansara secara pembedahan. Kos pada masa tu cecah RM5500. Anak yang bertuah ini kini telah berumur 5 tahun. Cepat sungguh masa berlalu.

Setiap hari, Aeybal akan bangun awal dan akan bertanya bila dia hendak ke sekolah. Aku telah cuba untuk mendaftar di Tadika Pasti berdekatan rumah. Malangnya sudah penuh. Aku kasihankan dia. Kalau nak diikutkan, di kawasan perumahanku, ada 10 cawangan Tadika Pasti. Besok akan ku usahakan untuk mencari  mana-mana cawangannya yang masih kosong.Mu dah-mudahan Aeybal dapat belajar di sana. Bantulah Ya Allah. Kepadamu aku berharap dan memohon hajat ini!!!

Ya Allah, permudahkanlah. Kasihanilah anakku yang inginkan biah Islamiah ini. Kalau aku menghantarnya di sekolah tadika lain, pasti dia akan kekurangan kemahiran berbanding rakan-rakannya di Tadika Pasti yang dapat menghafaz surah atau hadis atau doa.

Ya Allah, izinkanlah untuk anakku ini, permudahkanlah ya Allah.




Saturday, 24 November 2012

aeybal




Aeybal nama manjanya.Sedari kecil dia memang ramai peminat. Contoh di klcc, 2 0rg pelancong Jepun meminta mengambil photo bersamanya. Di salah sebuah hotel di kl, kelihatan warga Arab amat teruja untuk berkenalan dgnnya. Anak ini ada tarikan tersendiri. Dia amat ramah dan friendly. Sebab itulah, ramai yg akan       mencari ruang untuk bcakap dgnnya. Ketika berada di dalam bot waktu pulg dari langkawi, dia boleh bersembang dengan seorang abang yang rajin melayannya berjam-jam lamanya.Itulah auranya. Pandai mengambil hati. Ketika di restoran kerang bakar, habis peralatan, di mana dapatkan kerang, soalan2 tersebut ditanya kepada penjual kerang bakar.Sehingga tidak terjawab pakcik tersebut melayan karenahnya.

Inilah nikmat Allah yg tidak mampu aku dustakan lagi. Ya Allah, jika engkau ingin mengambil nyawanya, maka ambillah nyawaku terlebih dahulu. Kerana kehilangannya pasti menambah derita kepadaku. 

Anak-anak adalah ujian yg tidak ternilai. Anak-anak juga nikmat dan rahmat Allah yang tidak terkira. Kelahirannya tidak aku terlalu gembira kerana aku mengharapkan anak lelaki. Tetapi Allah telah mengatur sesuatu yg lebih baik bagiku. Padaku tidak elok, tetapi elok bagi Allah. Begitulah Allah pengatur kehidupan yang sempurna. Beliau lahir dengan berat 3.7 dan berkulit hitam serta bermata juling.

selama tempoh berpantang, aku mengusap matanya dengan berselawat kpd nabi s.a.w dgn harapan dan  berdoa supaya matanya dapat disembuhkan, Alhamdulillah dgn izin Allah, matanyalah yg paling cantik sekali kerana bulu matanya yg lentik. Aku mulai sedar apabila, ramai org memujunya.

Dia telah kudidik dgn biah islamiah sedari kecil.tak silap aku, umurnya baru 3-4 bulan, aku sudah belikan tudung dan mempunyai koleksi tudung bayi utknya.

Ketika itu, banyak mulut yg bercakap, aku menyiksa anakku. Aku tabahkan hati. Aku pakaikan dia dengan gaun berbentuk jubah sebagai membiasakan dia dengan baju labuh. Alhamdulillah, aeybal tidak kekok bertudung. Beliau kini punya banyak pilihan tudung dan gemar berfesyen muslimah ala moden.

baju gaunnya susah aku perolehi.Suami akan membelinya di Bangsar dan harganya agak mahal dari RM99-RM199. Namun, amat berbaloi kerana fabriknya sgt berkualiti. Baju ala-ala princess juga aku beli namun labuh dan bertangan panjang. Aku seronok bila melihat Aeybal tidak kekok memakainya apatah lagi mesti mengenakan tudung yang sesuai. Di Shah Alam, ada gaun labuh tetapi fabriknya tidak berkualiti. Sebab itulah harganya murah.

Kalau aku belikan seluar, aku akan belikan baju gaun yg labuh paras lutut. Koleksi tersebut aku beli di the curve, harganya murh sedikit rm35-50 sahaja. 

Koleksi tudungnya pula, kebanyakannya aku beli di Shah Alam. Alhamdulillah, semua tudungnya cantik-cantik, dan membuat anakku Aeybal teruja apabila hendak memakainya. 

Aku berdoa pada tuhan semoga nak ini kekal dalam biah Islamiah, suka berpakaian menutup aurat dan pandai menjaga dirinya.

Yang aku bimbangkan, beliau sudah pandai bermekap. Aku risaukan barangan tidak halal takut terpakai.
Mudah-mudahan aku mampu mengawalnya kelak.


si comel yang demam




Budak ini demam berjangkit dengan ibunya yg sudah seminggu demam.kasihan....nak main basikal baru pun tak sempat.dia asyik merengek saja. Ya Allah, sembuhkanlah demam panas anakku...

Thursday, 22 November 2012

bakal doktor yg cute







Inilah dia Qistina Balqis, buah hati pengarang jantung. Syukur atas kurniaan Allah ini.

Nama ; Qistina Balqis
umur ; 4 tahun
tadika : UMMI ceria
kebolehan: menghafaz al fatihah, surah al ikhlas 
surah an nas, al falaq dan al masad dalam proses
bakat istimewa; boleh berpidato 


nilai-nilai baik: 
1. sgt rajin menolong kerja2 ibubapa
2.pandai mengambil hati orang tua
3. pandai basuh pinggan
4.pandai menyapu
5.pandai menggantung baju 
6.akan belajar tanpa disuruh
7.pandai buat air milo

cita-cita: ingin menjadi doktor
dan menjadi hafizah
kdg2 nak jd profesor spt abangnya
perkara teruja baginya: masak2
dapur kanak2 spt di ikea
mainan masak2
pinggan mangkok yg kecil2

keburukan : cepat merajuk dan cepat marah

Amalan ibu semasa mengandungkannya: 
Khatam Al-Quran @ banyak berselawat ketika dalam pantang