Salam sejahtera semua pembaca.
untuk 2016 yang bakal dilalui, dan program ikdadi yang akan ditempuh, ibu doakan anakanda sentiasa diberi kekuatan dan kesungguhan menghadapinya.
Anakandaku ke kem tahfiz teluk medan dari 13.12 hingga 26.12.2015, bagi meneruskan
hafazannya.
meskipun secara berperingkat, kulihat banyak perubahan.Bacaannya semakin mantap dan kesungguhan untuk menghafaz Al Quran telah mendalam dalam dirinya.Syukur Ya Allah.
Tetapkanlah minatnya dalam Al Quran, in sha Allah.
Anakanda Nurqistina Balqis pula mengikuti kem tahfiz Al kausar di Permatang Tok Mahat.
Subhanallah, berkat hasil usaha itu, anakandaku sudah menghafaz kebanyak surah dari Juzuk amma.Syukur ya Allah.
semoga mereka berdua berlumba untuk menghafaz Al Quran.
Itu sahaja galakan yang dapat daku berikan sebagai ibubapa mithali.
kurniakan mereka keteguhan hayi, taat kepadaMu, kepada ibubapa, guru dan menjaga adab serta mampu berdiri sebagai seorang muslim dan muslimah yang diredhoi Allah.
Aamiin.
No comments:
Post a Comment