Lama daku tidak menulis di sini.
Anakanda Syafiq sudah berusia 13 tahun. Tiada hari jadi disambut ...sekadar besederhana.Membelinya kasut bola yang diidam.itupun harga cuma Rm35.
Kehidupan anakanda di Idrisiah sudah setahun berlalu. Ibu hanya mampu mendoakan yang terbaik.Ambillah peuang duduk di asrama.Bersungguh-sungguhlah.
Hanya itu pesan ibu dalam menuntut ilmu.
Di luar sana, ribuan pelajar merayu-rayu agar terpilih masuk belajar ke sekolah ini.
Untuk sesi 2016, rayuan sahaja menderu-deru masuk, walhal ia sekolah tidaklah segelemour mana.
Keperibadian pelajarnyalah menjadi tarikan.Jatidiri yang dibentuk oleh susur galur kepimpinan sekolah tersebut membuatkan ramai ibubapa memnuat rayuan demi rayuan untuk anak mereka.
Anakanda syafiq, Kamu insan terpilih...
Hati ibu mahu kamu ke Smka Kerian, ulul albab, namun Allah tidak mentakdirkan begitu.
Ibu tidak berharap pada tawaran Smka Slim River, pada Maktab Mahmud, dll sekolah, tapi Allah mentakdirkan kamu mendapat pula tawaran dari sekolah-sekolah tersebut.
Allah mentakdirkan hati kami kuat untuk ke Idrisiah setelah doa, solat istikharah dibuat.
Di sinilah kamu harus menuntut Ilmu.
Ditakdirkan lagi ibu dan papa dapat menyambung pengajian kami di universiti berdekatan Kuala Kangsar.
Allahuakbar, subhanallah...
Sungguh rancangan Allah itu disusun tersangatlah indahnya..
Nikmat mana lagi yang ingin didustakan?
20 dis 2015
No comments:
Post a Comment