Wednesday, 31 August 2016

rindu seorang ibu

Saat ini daku merindui anak ini.

Sedihnya tak tertahan. Air mata mengalir tanpa sedar.

Beberapa gambar yang dibelek dari simpanan di handphone menyesakkan dada.

Teringat kenakalannya.

Teringat betapa beliau cukup menjaga hatiku.

Bicaranya perlahan sahaja jika mengidamkan sesuatu untuk dibeli.

Risaukan permohonannya ditolak mentah olehku.

Teringat bacaan taha al junaidi bila mengimamkan solat bersamaku.

Terasa aura ustaznya@ prof @ dr. @ al hafiznya.

Ya Allah capaikanlah impianku mendidik anak ini menjadi seperti Imam Syafie, @ Imam Ghazali, berpewatakan mulia dan berperibadi agung sesuai dengan saranan JUnjungan Mulia.

Berilah kefahaman agama kepadanya sedalamnya, berilah takwil kepadanya.

Peliharalah ia bila ia jauh di sisiku selamanya.

Di sanalah daku mohon beliau diperturunkan ilmu agama sebanyaknya. Jinakkan ia dengan Al Quran dan mendalami ilmu Allah.

Selamat berjuang anakanda Al fadhil syeikh prof dr Muhammad Syafiq Ariff.
In sha Allah ibu doakan moga jadi kenyataan.Aamiin

No comments:

Post a Comment