Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar anakandaku, Semoga ilmu dunia dan akhirat ditimba sepenuhnya, di sini.. |
Assalamualaikum pembaca mayaku.
Inilah rezeki yg ditakdirkan Allah untuk anakanda kami, M.Syafiq Ariff. 3.1.2014 beliau akan ke sekolah ini dan xakan dpt dihubungi selama 40 hari.Beliau dengan itu, memberi peluang 2 tempat kosong kpeada pelajar lain dengan menolak tawaran ke Maktab Mahmud Bandar Baharu dan SMA AL FALAH.
Alhamdulillah, xterpilih ke smka Izzuddin menguatkan lagi, hatiku dan suami menghantarnya ke sini.Allah telah merancang yg terbaik utknya. Manakala, Amin, rakan baiknya juga sugul kerana tidak terpilih ke Ulul Albab dan SMKA.Ibunya menyatakan kesedihan,namun dipujuk suamiku, bahawa anak yg pintar, campaklah ke mana pun, pasti akan menjadi.Kata ibunya, beliau akan ke SMA Al Falah sahaja.
Beberapa sahabat yg dihubungi juga menyatakan anak mereka tidak terpilih ke smka. Pn. Azimah, misalnya membuat keputusan utk ke MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU.
Terkejut juga, ketika menyemak secara online anakandaku tidak terpilih.Kerana katanya, tajwidnya markah penuh.Ada sahabat menyatakan markah hafazan sebanyak 60, kemungkinan anakandaku kurang markah di situ.Namun kami suami isteri telah bernekad, jika tidak terpilih, itulah laluan yg dimudahkan Allah ke Madrasah Idrisiah.
seingat aku, pada bulan Oktober yg lalau, ke sekolah inilah, anakandaku pertama kali menjalani ujian pemilihan ke tingktn 1, dan ketika ribuan org hadir semasa hari ujian, aku menggelengkan kepala.Masakan tidak, seramai xkurang 2000 orang ke 3000 di kalangan ibubapa dan murid yg hadir membanjiri sekolah ini.
Dikatakan hnya 130 orang yang akan terpilih.
Aku tidak menaruh harapan yg tinggi pd mulanya.Hanya beranggapan, biarlah anakandaku mendapat sedikit pengalaman apabila menghadiri ujian mana2 sekolah nanti.Namun, inilah dinamakan rezeki anakandaku di sini rupanya.Madrasah Idrisiah, merupakan sekolah yg pertama mengucapkan tahniah krpadaku dan suami melalui sms kerana anakandaku terpilih di ketika mana ianya mungkin telah menghampakan ribuan ibubapa dan murid yg lain yg ingin sekali ke sini.MASYA ALLAH.inilah nikmat Allah yg sgt besar nilainya.yg mungkin tidak aku sedari dan hayati.kini, Ia cukup menginsafkanku dan membuatkan aku tersedar dr lamunan bhwa Allah telah meletakkan yg terbaik utk anakandaku yg tercinta utk blajar di sini akhirnya.
semoga semuanya dipermudahkan Allah nanti.Beberapa link yg diperolehi hasil carian di google, mengujakan dan menyakinkan aku bahawa ini pilihan yg terbaik untuk anakandaku, in sya Allah.
http://www.amaljariah.org.my/negeri/perak/
http://infinitikasih.blogspot.com/2012/12/aku-ingin-diorentasi-semula-di-idrisiah.html
http://madrasah.idrisiah.edu.my/
Montaj Majlis Penutupan Orientasi 40 Hari Tingkatan Satu Madrasah Idrisiah 2014 youtube
https://www.facebook.com/idrisiah
banyak lagi link mengenai MIKK ini.Semoga yg terbaik utk mu..anakandaku.inilah pilihan ibu dan papa utkmu.Semoga terus cemerlang juga di sini.Aamin.