infperpersediaan untuk anakandaku: 2014/2015
oSoalan Lazim berkaitan Sekolah Berasrama Penuh, KPM
Soalan: Saya ingin mendapatkan senarai Sekolah Berasrama Penuh, KPM di negeri Perak.
Terdapat 7 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Perak
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
2. Sekolah Tuanku Abdul Rahman ,Ipoh (STAR)
3. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS)
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (SBPI Gopeng)
5. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)
6. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SMS Bagan Datoh)
7. Sekolah Menengah Sains Tapah (SMS Tapah)
2. Sekolah Tuanku Abdul Rahman ,Ipoh (STAR)
3. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS)
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (SBPI Gopeng)
5. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)
6. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SMS Bagan Datoh)
7. Sekolah Menengah Sains Tapah (SMS Tapah)
atau boleh melawat laman web Bahagian Pengurusan Sekolah Berasram Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.bpsbpsk.webs.com atau http://www.moe.gov.my
Soalan : Siapakah yang boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM?
Pengambilan ke SBP dibuat dalam DUA (2) peringkat.
i) Peringkat pertama bagi lulusan UPSR
ii) Peringkat kedua bagi lulusan PMR
i) Peringkat pertama bagi lulusan UPSR
ii) Peringkat kedua bagi lulusan PMR
Soalan: Apakah syarat untuk memohon ke SBP, KPM ?
1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar Sekolah Kebangsaan (UPSR) / Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan (PMR).
3. Aktif dalam Kokurikulum.
4. Lulus pemeriksaan kesihatan dan tidak menghidapi penyakit kronik dan berjangkit.
5. Bagi lulusan UPSR, syarat minima mestilah sekurang-kurangnya mendapat 4A 1B dengan kelulusan Matematik dan Sains adalah gred A
6. Bagi lulusan PMR, syarat minima mestilah sekurang-kurangnya 6A (tidak termasuk bahasa asing) dan mendapat sekurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain. Matematik dan Sains mesti mendapat gred A. Bagi aliran agama mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran berkaitan.
2. Pelajar Sekolah Kebangsaan (UPSR) / Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan (PMR).
3. Aktif dalam Kokurikulum.
4. Lulus pemeriksaan kesihatan dan tidak menghidapi penyakit kronik dan berjangkit.
5. Bagi lulusan UPSR, syarat minima mestilah sekurang-kurangnya mendapat 4A 1B dengan kelulusan Matematik dan Sains adalah gred A
6. Bagi lulusan PMR, syarat minima mestilah sekurang-kurangnya 6A (tidak termasuk bahasa asing) dan mendapat sekurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain. Matematik dan Sains mesti mendapat gred A. Bagi aliran agama mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran berkaitan.
Soalan: Bagaimanakah cara memohon ke SBP, KPM ?
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web KPM iaitu http://www.moe.gov.my.
Talian ini hanya dibuka mulai awal bulan September sehingga pertengahan bulan Oktober sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan atau boleh merujuk kepada sekolah masing-masing.
Soalan:
Sekolah SBP manakah yang ada menawarkan aliran sains dan agama?
Jawapan: Semua Sekolah SBP Integrasi dan Sekolah Menengah Agama di bawah Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster , KPM. Maklumat lanjut boleh melayari laman web di alamat http://www.bpsbpsk.webs.com atau http://www.moe.gov.my
Soalan: Bolehkah memohon ke SBP sedangkan keputusan peperiksaan awam belum diperolehi ?
Semua murid berpotensi boleh memohon kerana keputusan peperiksaan tidak perlu disertakan kerana akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan Malaysia berpandukan angka giliran.
Soalan: Bolehkah berpindah ke sekolah berasrama penuh yang lain jika sekolah yang ditawarkan tidak sesuai ?
Murid tidak dibenarkan menukar ke SBP yang lain selain daripada yang telah ditawarkan.
Soalan: Bolehkah menukar aliran yang lain di SBP yang ditawarkan.
Murid tidak dibenarkan menukar aliran.
KELEBIHAN
KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK
- Kepada sekolah
- Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah
- Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah
- Meneriama bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
- Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi
- Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan
- Kelebihan kepada guru dan kakitangan
- Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan
- Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
- Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
- Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
- Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
- Berpeluang melanjutkan Pelajaran
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM
- Kelebihan kepada murid
- Berpeluang mendapat bantuan
- Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
- Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti
SYARAT PENDAFTARAN
- Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)
- Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa
- Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
- Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM
- Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah<
- Mempunyai bangunan sendiri
- Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf
- Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan
- Bilangan murid melebihi 150 orang
- Tidak menanggung hutang
CARA MEMOHON
- Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada BPI(Bahagian Pendidikan Islam)
- Menghantar profail sekolah, senarai nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang disahkan
- Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dimemukakan oleh KPM
- Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM
- Menandatangani dokumen MoU
- Mengisi borang pendaftaran sekolah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)
PENGENALAN
Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.
Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakatIslam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan member bantuan kepada sekolah-sekolah agamarakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan system baru.
Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan system pendidikan Negara. Proses penambaikan system pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.
Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana system pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar system pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agam diselaraskan dengan sekolah menengah harian.
Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.
MAKTLAMAT SMKA
- Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
- Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi
- Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
- Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara
OBJEKTIF
- Mencapai kecemerlangan kurikulum dank o-kurikulum
- Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
- Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
- Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
- Menyediakan pelajar yang dapat member sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah
FALSAFAH
"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal solehserta budaya Islam dn suasan pembelajaran yang seimbang kea rah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara."
MISI
Bagi meralisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :
- Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk reality ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
- Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisyen dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
- Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
- Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim dini
- Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempatdengan agensi-agensi luar
OBJEKTIF SMKA
- Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
- Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
- Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
- Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.
KEISTIMEWAAN SMKA
- Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
- Banyak peluang melanjutkan pelajaran
- Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran
- Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
- Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab
SENARAI SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA
PERLIS
- SMKA Arau
- SMKA (P) Kangar
KEDAH
- SMKA Kedah
- SMKA Baling
- SMKA Sik
- SMKA Yan
PULAU PINANG
- SMKA (L) Al-Mashoor
- SMKA (P) Al-Mashoor
- SMKA Nibong Tebal
- SMKA Al-Irsyad
KUALA LUMPUR
- SMKA Kuala Lumpur
NEGERI SEMBILAN
- SMKA Sheikh Haji Mohd Said
- SMKA Pedas
PERAK
- SMKA Sultan Azlan Shah
- SMKA Slim River
- SMKA Kerian
SELANGOR
- SMKA Simpang Lima
- SMKA Kuala Selangor
- SMKA Maahad Hamidiah
MELAKA
- SMKA Sharifah Rodziah
- SMKA Sultan Muhammad
JOHOR
- SMKA Maahad Muar
- SMKA Segamat
- SMKA Johor Bahru
- SMKA Bandar Penawar
PAHANG
- SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
- SMKA Pahang
TERENGGANU
- SMKA Sheikh Abdul Malik
- SMKA Tok Jiring
- SMKA Wataniah
- SMKA Durian Guling
- SMKA Kuala Abang
- SMKA Nurul Ittifaq
KELANTAN
- SMKA Naim Lil Banat
- SMKA Falahiah
- SMKA Wataniah
- SMKA Melor
- SMKA Tangok
- SMKA Lati
SABAH
- SMKA Tun Sakaran
- SMKA Sandakan
- SMKA Muhamad Ali Ranau
- SMKA Inanam
- SMKA Limauan
- SMKA Kota Kinabalu
- SMKA Tun Datu Mustapha
- SMKA Tun Said
SARAWAK
- SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
- SMKA Matang
- SMKA Sibu
- SMKA Miri
- SMKA Tun Ahmad Zaidi
- SMKA Limbang
- SMKA Igan
- SMKA Seri Aman
No comments:
Post a Comment