Saturday, 30 March 2013
panduan utk anakku
Manual Pengajian Tahfiz Akademi Darul Huffaz:
1.Talaqi & Tajwid
2.Sabaq
3.Para Sabaq
4.Sabqi
5.Manzil
6.Mutholaah
7.Kitabah
Komitmen:Intensif
Tahfiz Sains Menengah
Artikel Tahfiz Sains RendahGenius Little Huffaz: 7am-7pm untuk kanak-kanak 4-6tahun
Darul Huffaz Childcare: 7am-7pm untuk kanak-kanak 3bulan - 36bulan
Modular A: 5 Jam Harian (5 hari)
Modular B: 2.5 Jam Harian (5 hari)
Modular C: 7.5 Jam Seminggu
Modular D: 5 Jam Seminggu
Modular E: 2.5 Jam Seminggu
Fakta Quran:Quran = 30 juz
Jumlah ayat = 6236 (panjang & pendek)
Mukasurat Al-Quran = 604
Setiap juz = 20 mukasurat
Setiap mukasurat = 15 baris
Purata ayat per mukasurat = 10 ayat
Fakta Tahfiz:
1.Tahfiz Sehari Sebaris:Sehari 1 baris
Sebulan (30hari) = 30 baris (2 mukasurat)
10 bulan = 1 juz (2 mukasurat x 10 = 20 mukasurat)
30 juz = 25 tahun (30 x 10 bulan = 300 bulan / 12)
2.Tahfiz Sehari Sebaris untuk 10 juz pertama
Sehari 2 baris untuk 10 juz kedua
Sehari 3 baris untuk 10 juz ketigaSehari 1 baris
Sebulan (30hari) = 30 baris (2 mukasurat)
10 bulan = 1 juz (2 mukasurat x 10 = 20 mukasurat)
10 juz = 8 tahun 4 bulan (10 x 10 bulan = 100 bulan / 12)
Sehari 2 baris
Sebulan (30hari) = 60 baris (4 mukasurat)
5 bulan = 1 juz (4 mukasurat x 5 = 20 mukasurat)
10 juz = 4 tahun 2 bulan (10 x 5 bulan = 50 bulan / 12)
Sehari 3 baris
Sebulan (30hari) = 90 baris (6 mukasurat)
3 bulan 10 hari (100hari) = 1 juz [(6 mukasurat x 3 = 18)+ 2mukasurat)
10 juz = 33bulan 10hari (10 x 3 bulan 10 hari) = 2 tahun 9bulan 10hari
Total:
(8 tahun 4 bulan) + (4 tahun 2 bulan) + (2 tahun 9bulan 10hari)
30 juz = 15 tahun 3 bulan 10 hari
3.Tahfiz Sehari 3 BarisSebulan (30hari) = 90baris (6mukasurat)
10 bulan = 60mukasurat (3juz)
1 juz = 3bulan 10hari
30juz = (10bulan x 10) 100bulan = 8 tahun 4bulan
4.Tahfiz Sehari 5 BarisSebulan (30hari) = 150baris (10mukasurat) = 1/2juz
1juz = 2bulan
30juz = (60bulan) 5tahun
5.Tahfiz Sehari 7.5 Baris (1/2 mukasurat)Sebulan (30hari) = 225baris (15mukasurat)
1 juz = Sebulan 10hari (20mukasurat)
30 juz = (30bulan 300hari) 3 tahun 4 bulan
6.Tahfiz Sehari 10 Baris (2/3 mukasurat)Sebulan (30hari) = 300baris = 1 juz
30 juz = (30bulan) 2 tahun 6 bulan
7.Tahfiz Sehari 15 Baris (1 mukasurat)Sebulan (30hari) = 450baris = 1.5 juz
3 juz = 2 bulan
30 juz = (20bulan) 1 tahun 8bulan
8.Tahfiz Sehari 20 Baris (1mukasurat 1/3)Sebulan (30hari) = 600baris = 2juz
30 juz = (15bulan) 1 tahun 3 bulan
9.Tahfiz Sehari 25baris (1 mukasurat 2/3)Sebulan (30hari) = 750baris = 50mukasurat = 2juz 1/2
2 bulan 5juz
30juz = 1 tahun
10.Tahfiz Sehari 30 baris (2 mukasurat)Sebulan (30hari) = 900baris = 60 mukasurat = 3 juz
30juz = 10 bulan
Nota: Perkiraan di atas adalah harian terus menerus tanpa cuti umum dan cuti hujung minggu. Sebab itu di ADH, cuti hujung minggu hanyalah sehari dan cuti panjang hanya beberapa hari yang pendek kerana faktor cuti akan mempengaruhi tempoh yang dikira sehingga mencecah pertambahan 30% tempoh penamatan.
Harus diingat juga hafazan yang banyak akan mempengaruhi penjagaan hafazan yang dikendong yang kurang mantap. Makin sedikit hafazan makin kuat penjagaan hafazan lampau namun bergantung kepada penjagaan sabqi & manzil.
Fakta Tahfiz Rasulullah s.a.w:Tempoh AlQuran diturunkan menurut sejarah selama 23 tahun bermakna Rasulullah s.a.w menghafaz AlQuran dalam tempoh 23 tahun! Dari umurnya 40 tahun hingga 63tahun, bagaimana anda?
Kurniaan Tuhan & Sikap Sendiri:Pandai dan Rajin Sangat
Lembab dan Rajin Sangat
Rajin ada & Malas pun ada
Pandai tapi Malas
Lembab & Malas
Tahap Tahfiz:Asas
Rendah
Menengah
Semi Pro
Profesional
Veteran
MutasyaabihatSebuah mukjizat cabaran Huffaz
Tips Tahfiz:Menghafaz
Penjagaan Hafazan Semasa Belajar
Di Kelas
Di Asrama
Di Rumah
Penjagaan Hafazan Lepas Belajar
KERUGIAN & CABARAN Pelajar Tahfiz:Melalui pengalaman kami mendidik, kami dapati pelajar yang tidak luhur akan membazirkan masa mereka. Tabiat buruk lama yang sedia ada akan merosakkan diri & kawan-kawan yang ada, menganggap ia sebagai program pengisian masa-masa cuti menyebabkan sikap sambil lewa berleluasa.
1.Cara berkomunikasi; cara bercakap yang lepas tanpa tapis, katanama & kataganti yang bebas dan bercakap-cakap dalam kelas ketika kelas sedang berjalan adalah permulaan perwatakan yang tidak baik.
Tips: Elakkan bercakap perkara yang sia-sia, jaga pandangan, jaga pemikiran jangan melayang.
2.Sosial Sistem Komunikasi; handphone, laman sosial internet & penggunaan media canggih amat melekakan pelajar sehingga penyalahgunaan masa rehat & tidur menyebabkan prestasi di waktu belajar amat merosot. Ia akan menyebabkan pelajar hilang fokus. Alat media yang hebat menarik dan membuka peluang untuk kehilangan akibat kecurian. Tidak dinafikan banyak maklumat Islam & Quran boleh dimuat turun dlm alat media ini tetapi penggunaannya sangat minima oleh budak-budak muda, benda yang lain menjadi kesukaan akhirnya ianya hanya sandaran semata-mata.
Tips: Jangan bawa handphone & alatan tersebut. Hanya Quran & Tafsir teman anda (tapi bukan yang di download kan dalam hp)
3.Sikap ingin bebas bermula dengan tabiat tidak hadir kelas tanpa izin, bermula dengan alasan sakit kepala & sakit perut. Oleh kerana rehat yang cukup sudah dapat waktu kelas atas alasan tersebut, keinginan untuk keluar tanpa izin waktu rehat dan malam akan berlaku, kedua-dua kait mengait. Terus pelajar akan terlanjur kepada angkara merokok dan lain-lain yang tidak baik.
Tips: Tidur pada masa tidur yang dijadualkan.
4.Buli dan ugut akan menyusul bila telah terjebak dengan kesalahan-kesalahan, dengan alasan untuk menutup mulut orang atau menegak keadilan. Contohnya bila satu barang hilang, syak wasangka bermula, pelajar yang disangka atau yang ditangkap tidak dibawa kepada warden tetapi pelajar-pelajar besar ini membuat mahkamah sendiri.
Tips: Hanya Quran & Gurunya teman akrabmu. Dengan kawan-kawan, jangan terlampau renggang dan jangan terlampau akrab, sila ambil jalan tengah.
Unsur-unsur negatif ini harus dijejaki awal untuk menyelamatkan matlamat suci hadiri program tahfiz ini. Ibubapa & penjaga perlu benar-benar memastikan anak-anak mereka ini benar-benar bersedia untuk program ini bukanlah kerana paksaan & tekanan ibubapa & penjaga.Perokok tidak sesuai sama sekali, berhentilah merokok!
Pokok pangkalnya Iblis & kuncu-kuncunya bekerja keras memastikan mereka ini kecundang. Berjayalah & Hebatlah pelajar-pelajar yang berjaya dari godaan iblis & syaitan!
Solusi: Pelajar yang benar-benar sibuk dengan Al-Quran & Akademik tidak ada masa nak melayan nafsu dan iblis.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment