Sunday, 12 July 2015

syabas anakandaku...hafazan al kahfi 1 kejayaan untuk ibu

salam sejahtera semua
Ramadhan al mubarok 1436h bakal meninggalkan kita.tetapi tidak sedikit pun ibu bersedih meskipun tanpa anakanda tercinta pada kali ini.malah ibu bangga, syafiq dapat bertadarus, bertarawih dan bersahur bersama rakan2 idrisiah.

ketika mendapat cuti 2 hari tempohari, ibu syahdu mendengar anakanda membaca surah al kahfi dengan lenggok taha al  junaid semasa mengimamkan solat maghrib bersama adiknya, balqis. Rasa ingin mengalir air mata kebanggaan, syafiq tidak mensia2kan peluang ketika di sana.

semasa menghantar pulang, syafiq memohon aku mendoakan supaya beliau terpilih sebagai imam terawih. Berhajat benar beliau.semoga Allah makbulkan.

papanya juga tersenyum kepuasan.anakandanya hebat menghafaz surah al kahfi ketika solat maghrib dan sudah mampu diberi tanggungjawab sebagai imam yg fasih dan lancar bacaannya.

ya Allah, segunung ucapan syukur belum juga dapat membalas budiMu ya Allah memberikan takdir hg baik utk anakandaku.bantulah ia ya Allah dlm menjadi anak yg solehdan hambaMu yang bertaqwa...yang bisa membawa kedua ibubapanya ke syurgaMu yaAllah.mudahkanlah ia, berkati dan rahmatilah dia dengan kebijaksanaan dan hikmah drMu yang berpanjangan seumur hidupnya.Aamiin.