Saturday, 28 March 2015

Tawakkal to alallah..belajarlah bersungguh-sungguh anakandaku...

27 Mac 2015

Sudah 3 bulan anakandaku di MIKK. Hasilnya selama 3 bulan, beliau sudah pun

-menghafaz Maksurat
-sURAH kAHFI
-surah as sajadah

Membahasakan diri sebagai anaa dan memanggil senior mereka sbg akhi.
Beliau juga tidak kekok lagi memberi salam ketika bertemu sesiapa sahaja terutama orang yang lebih tua.
Beliau juga semakin terbiasa memberi salam ketika bertemu dan bercakap dengan lemah lembut.

Alhmadulillah syukur.

Aku berdoa pada tuhan, aku tidak dapat mendidiknya sedemikian rupa namun warga MIIK, pengetua, rakan2, para seniornya pemangkin biah hasanah ini. Meskipun beliau mendapat tawaran ke SMKA SLIM RIVER, Maktab Mahmud dan beberapa sekolah lain, aku dan suami telah nekad di sinilah gudang ilmu anakanda kami yg tercinta. Galilah lubuk ilmu di sini sedalam2nya. Belajarlah semua ilmu di sini. In sya Allah ada keberkatannya.

Beliau juga pun begitu. Taat. Mengangguk tanda setuju dan tidak menoleh lagi. Meskipun ramai rakan2nya yang hebat di sini, dengan hafazan dan akademiknya, ransangan demi ransangan beserta doa tidak putus2 kami tadahkan untuknya. Moga anakandaku tidak melepaskan peluang di mana betapa ramai ribuan pelajar yang lain yg berhajat datang untuk masuk ke MIIK tetapi hampa kerana tidak terpilih dan gagal dalam ujian yang diadakan..Malah ibubapa mereka juga turut kecewa. Malah ada juga antara ramai sahabat yg terkejut kerana ada antara mereka yang tinggal di sekitar kuala Kangsar tetapi ditakdirkan Allah tidak tahu menahu langsung  tentang iklan kemasukan dan tidak dapat hadir pula ujian yang dilaksanakan.

Entah bagaimana kisah aku dan suami mendapat tahu iklan MIIK ini, misteri juga jika difikirkan.Seingat aku, rasanya beberapa sahabat di whasapp yang mengiklankannya dan menghebahkannya. Kami hanya memohon dan mencuba dan ditakdirkan Allah terpilih pula anakanda kami dalam ribuan pelajar yang menghadiri ujian tersebut. Alhamdulillah begitulah Allah mengatur perjalanan anakandaku.Syukur ya Allah.

Di hujung minggu, aku dan suami melawatnya dan aku mendapati beliau sudah pandai berbicara mengenai soal agama. Mendengar celotehnya dan hujahnya, terasa kosong pulak diri ini. Sesekali berhujah menggunakan hadis nabi saw, aku terasa terpanah oleh anakandaku. Di hati kecil, alhamdulillah, ibu tidak memilih sekolah yang salah untukmu anakandaku.Inilah yang tertakdir untukmu.Ibu redho dan bersyukur.tentu ada banyak hikmahnya.

Engkau sangat meminati subjek Sains, namun ibu percaya Bahasa Arab akan menjadi minatmu nanti. Biarlah keduanya seiring. Biarlah engkau ke depan bukan sahaja dalam bidang Akademik seperti UPSR yang lalu, malah engkau juga hebat bidang agama.Hebat bidang ikdadinya terutama dari segi fiqh, sirahnya, nahu dan sorofnya seperti prestasi engkau di sekolah rendah kafa ketika di tahun 5 dan 6.Kesemuanya A.IN SYA aLLAH.

Semua buku-buku latihan, nota telah ibu bekalkan, tinggal lagi buku-buku subjek Ikdadi ibu tidak tahu ke mana untuk ibu dapatkan. Namun ibu akan berusaha mendapatkannya dalam masa terdekat.

Melihat kalian berpakaian kemas, berserban ketika bersolat Jumaat, membuatkan ibu tersenyum, sejuk perut ibu mengandungkanmu. Ya Allah jadikanlah anak ini sebagai imam kami ketika kami menjadi jenazahMU nanti. itulah rayuan aku dan suami ketika di sepertiga malam.Apabila aku menyuarakan hasratku itu, beliau memelukku erat dan mengusap air matanya di pipi.

Ya Allah tiada daya upayaku lagi menjengoknya dan memeliharanya 24 jam lagi seperti dulu.Telah kuserahkan anakandaku di bawah pemeliharaanMU ya Allah dengan sebenar2 tawakal kepadaMU. pELIHARALAH ANAKANDA kami ya Allah. Semoga beliau menjadi pelajar yang cemerlang, hambaMU yang beriman, beramal soleh dan dapat berdikari. Jauhilah kesulitan, kemalasan, kekecewaan di hatinya. Berilah ketenangan, kejayaan, hati yang khusyuk, cintakan kalam2Mu, mudahkan ia menghafaz kalam2 MU yang azim dan berjaya di dunia dan di akhirat. Jadikanlah ia pelajar yang terbaik di antara yang terbaik dan menjadi contoh kepada pelajar lain. Peliharakan hatinya agar bersungguh-sungguh menuntut ilmu keranaMU dan berusaha mendapatkan ilmu sebanyak mungkin di MIIK.Permudahkan segala urusan belajarnya.Berilah sahabat-sahabat yang ikhlas dan tinggi akhlaknya menjadi pendampingnya, dan guru2 yang baik untuknya.Aamin Ya robbal alamin.