Salam sejahtera kepada mereka yang membaca blog ini.
Pertamanya, Maaflah kerana saya tidak punya banyak masa untuk menguruskan blog ini. Saya juga sama sekali tidak menyangka akan ada orang yang terjumpa dan membaca blog ini, memandangkan saya menulis blog ini sekadar panduan untuk diri sendiri, menghargai anugerah dan nikmat Allah dan sebagai medium meluahkan rasa syukur kepada Yang Esa.
Jika kita bercerita semua nikmat dan kegembiraan kita pada orang lain, positifnya ada tetapi negatifnya juga banyak. Antara yang paling saya takuti, ialah penilaian orang pada kita iaitu mungkin kita dikatakan:
1.RIAK
2.MENIMBULKAN HASAD DENGKI
3. MEMBANGGA DIRI
Namun, saya mengambil jalan selamat iaitu ketika menulis, saya menulis dan bercerita,
1.Letakkan niat kerana Allah dan rendahkan diri
2. Segala yang ditulis sebagai tanda syukur
3.Dakwah ke arah kehidupan yang lebih baik'
4.Mudah2han menjadi panduan kepada orang lain (jika ada yang tersesat membacanya)
Akhirnya, siapa sangka, Allah mengirim tanda yang ke-4 kepada saya melalui satu komen dari pembaca yang tidak pun saya kenali sama sekali.
Beliau ialah seorang ibu yang menghantar komen seperti berikut :
Saya lebih teruja utk menghantr Anak ke sekolah yg menitikberatkn pembelajaran alquran setelah membaca blog Puan. Blh Puan kongsikan tadika Dan sekolah (lepas tamat tadika) yg bersesuaian utk saya capai hasrat saya ini? Terima kasih"
Assalamualaikum Pn Dora.
Maaflah lambat membalas komen tersebut. Kekangan masa selalu jadi penghalang. Namun, hati ini sentiasa berbunga2 untuk menjawab pertanyaan berikut.
Anak sulung saya, bermula dengan tadika yang mediumnya English. Pengusahanya seorang India. Kata anak saya, bercakap dalam medium bahasa Melayu adalah dilarang. Umurnya ketika itu 4 tahun. Bayarannya mahal sekali. Kebetulan hanya itulah satu2nya tadika yang berdekatan dengan rumah. Namun Alhamdulillah, usaha saya berbaloi. Kesannya, anak saya meminati English sejak kecil. Di samping itu, saya usahakan juga beli cd english di rumah. Saya menghantarnya hingga umur 5 tahun.
Ketika 6 tahun, beliau saya hantar ke pra sekolah kerajaan oleh kerana tiada TADIKA PASTI di kawasan perumahan saya ketika itu. Di sebelah petangnya, saya mendaftarkannya ke sekolah kafa. Dengan alasan, putera saya ini tidak ketinggalan dari segi ilmu fardhu Ain. Usaha saya sedikt berhasil.
Jadi si putera saya ini, benar2 ketinggalan dari skill agamanya..berbanding murid yang ada asas tadika Pasti. Hanyalah ditambah dengan diajar oleh saya sendiri di rumah. Dengan bantuan cd dan pelbagai usaha. Waktu itu, saya amat cemburu dengan anak2 rakan2 yang dihantar ke tadika PASTI kerana anak mereka lancar membaca doa, Iqra, Al Quran, hafazan, jawi, hadis dan lain2.Malah akademik mereka juga cemerlang. Mujurlah anak saya ada kelebihan dalam bahasa Inggeris. Jadi, kuranglah sedikit rasa ralat saya.
Ketika di tahun 1, saya pastikan si putera tidak ketinggalan lagi. Dengan jawinya, saya bina soalan sendiri, dan latih-tubi beliau. Iqra'nya, hafazannya, pendek kata, saya terpaksa memecut dan melakukan sepantasnya supaya putera saya dapat bersaing dengan rakan2 lain.
Akhirnya, di tahun 4, beliau dapat JOHAN HAFAZAN, mengalahkan rakan2nya yang ada asas tadika PASTI. aLhamdulilah, Allahlah yang membantu usaha saya itu. Sejak itu, beliau bagai disuntik semangatnya dan mula meminati bidang Al Quran.
Saya amat bersyukur. Malah, beliau dipuji guru kerana bukan sahaja pandai dalam bahasa Inggeris, tetapi skill agamanya juga setanding rakan2 yang lain.
itu pengalaman anak sulung saya.
UNTUK SI PUTERI PULA,
Saya daftarkan dia di tadika yang mediumnya English dan silibusnya ada Islamik ketika umurnya 4 tahun. Alhamdulillah, puteri saya begitu bersemangat ke tadikanya setiap hari. Namun, saya perasan, englishnya tidaklah sehebat abangnya. Pengusahanya melayu, namun subjek English diajar oleh bangsa India.
Ketika 4 tahun, 6 BULAN, belum pun mantap english puteri saya itu, kami ditakdirkan pula berpindah ke tempat lain.
Pembelajaran englishnya terhenti dan saya telah cuba menghantar ke tadika yang berkonsepkan medium yang sama. Namun, malangnya tadika tersebut tidaklah berkualiti. Disebabkab bayaran pendaftaran yang banyak telah dijelaskan, terpaksalah saya bertawakal dan mengharapkan keajaiban berlaku. Alhamdulilah, meskipun, begitu, si puteri akhirnya menerima konvo pertamanya di situ.
ketika usianya 5 tahun, saya berusaha mencari Tadika PASTI. aLhamdulillah, banyak improvement mendadak yang saya dapat lihat sendiri. Antaranya, menghafal hadis, doa, hafazan surah, ayat 1000 dinar, membaca pun cepat, Iqra' pun laju, berbanding abangnya.
Paling melekat di hatinya, tidak boleh sama sekali minum berdiri.
Nampak mudahkan. Tapi di tadika PASTIlah beliau diasuh sebegitu rupa. Tidak perlu bersusah payah, menyuruhnya menutup aurat, dan sentiasa sebak dan menangis, bila disebut tentang kematian.
Saya cukup bersyukur. Saranan saya Tadika PASTI yang terbaik. In sha Allah.Yakinlah. Bukan sahaja silibus mereka hebat, malah dari segi peperiksaannya pun saya kagum. Puteri saya hampir terpilih menjadi tokoh murid tahun 2013. Soalannya bukan sahaja susah, malah silibusnya seperti di tahun 1, sekolah pagi. padahal puteri saya baru berusia 5 tahun.
Beliau dipilih kerana mendapat tempat kedua dalam ujian akhir tahun. hanya 2 orang yang terpilih. Alhamdulillah, melalui gurunya, puteri saya dimaklumkan dapat no 2 untuk keseluruhan tadika Pasti di kawasan tersebut.
Saya hanya tersenyum bila membayangkan kegigihannya menjawab berhelai2 kertas ujian yang diberi. Markahnya juga memberansangkan. Malangnya , mereka mencari tokoh. Tentulah yang nombor 1 terpilih. Sekurang-kurangnya, beliau telah berusaha dan mempunyai pengalaman berharga sejak umur 5 tahun lagi.
Tahun 2014, usianya 6 tahun. Tidak ragu2 lagi, saya meneruskan beliau ke Tadika PASTI.
Alhamdulilah, beliau terpilih untuk masuk 3 pertandingan. Nasyid, hafazan dan bercerita. Doakanlah kejayaan untuknya.
Pn, Dora..Saranan saya, pn boleh memilih samada :
1.a) jika anak umur 5 tahun, terus hantar ke tadika pasti, dan 6 tahun teruskan. (ilmu fardhu Ain lebih mantap sebab 2 tahun, walaupun suasananya mungkin anak terasa boring)
b) jika umur 5 tahun,ke tadika yang ada medium English tetapi ada silibus Islamik
umur 6 tahun, terus hantar tadika PASTI. (Bagi elakkan anak terasa boring di tempat yang sama)
2. a) jika umur 4 tahun, boleh juga hantar tadika medium english dan Islamik, then tadika pasti ketika umur 5 dan
6 tahun.
b) atau 4-5 tahun, tadika pasti, kemudian 6 tahun ke tadika medium English dan ada silibus Islamik.
Kesimpulannya, pn Dora,
kena usahakan cari tadika yang kita boleh seimbangkan ilmu2 baru dia. Ilmu akhirat dan ilmu dunia. Jika memilih yang medium English, jangan lupa usahakan english beserta silibus Islamik. Sekarang, memang banyak tadika berkonsepkan demikian.
Apapun, setelah melihat perkembangan puteri dan putera saya, saya memang yakin, 100% tadika PASTI tiada tandingan. Tinggal lagi medium English tidaklah dimantapkan. Akan datang, mana tahu kan?Sebab ilmu akhirat jika tidak diajar dari rebung, kelak liat kita nak mengajarkannya.Tidak melekat dalam hati.. Jati dirinya jadi rapuh. Sedang ilmu dunia, banyak sekali..dan mudah diperolehi. Bila2 masa dan mencapah di mana2.
waalahua'lam. Moga saya membantu pn sedikit sebanyak.