Wednesday, 30 April 2014

subhanallah walhamdulilah wallahuakbar ..atas nikmatMU ya Allah

salam sejahtera

subhanallah walhamdulilah wallahuakbar ..atas nikmatMU ya Allah.

Engkaulah yg memberikan ku kegembiraan dgn kehadiran putera puteriku ini.

Alhamdulillah..syukur..byk perkembangan terkini 2 putera puteri ini.

pertamanya, syukur si abangnya telah membanggakanku:

dilantik pngawas sekolah

wakil catur sekolah hingga ke daerah

tempat ketiga tilawah

keputusan ujian 4A1B dari jan -mac

menjadi imam di surau sekolahnya

membaca doa di perhimpunan sekolah

membaca tazkirah

akan mewakili tilawah sek agama pada mei ini.

Semoga kejayaan cemerlang miliknya selalu. Aku hanya mampu menadah tangan dan memohon hanya yg terbaik utknya.


manakala adiknya pula,

sudah pandai bertilawah dan bertaranum  sebanyak 3 surah (al baqarah , al isra, an nahlu)

beliau juga dijemput sebanyak 2x mempersembahkan bacaannya di pb dan di dewan masjid, shah Alam.

beliau dan rakan2 menang johan dalam sukan menyusun nombor dalam Arab.

beliau telah boleh membaca rumi dan jawi.

beliau telah boleh membaca Al Quran iaitu juzuk 2.


Alhamdulillah, pujian hanya untukMu Ya Allah, kerana Engkaulah yang menganugerahkan anak soleh dan solehah ini.

meskipun ada cabaran dan karenah mereka, namun Engkau beri jua ruang mereka mengkabulkan impian dan hajatku.

astaqfirullahal azim.aku mohon ampun kepadaMU YA aLLAH. sekiranya ada kegagalan dalam mendidik putera puteriku yang tersayang ini.

mahu ku ulang berjuta kali bahawa inilah nikmat dan anugerahMU kepadaku yang tidak mampu aku dustakan.

Aku doakan semoga ibubapa di luar sana mempunyai anak yang soleh dan solehah yang mampu membantu kita ke syurga Allah.

wallahu a'lam