Saturday, 24 August 2013

Beberapa kejayaan anak terunaku, Alhamdulillah, syukur ya robb

Assalamualaikum untuk sesiapa yang terjumpa @terbaca blog ini.

Selawat dan salam juga buat Junjungan Besar s.a.w dan para sahabatnya.

Sudah lama blog ini tidak diupdate lantaran masalah internet yang slow. Namun Alhamdulillah, apabila aku menjengoknya, beberapa kejutan yang aku terima.

Rupanya ada mereka di luar sana yang membaca blog ini. Doaku semoga ianya dapat memberi manfaat, info dan iktibar dalam mengharungi kehidupan ini.

Aku menulis semua ini sebagai menghargai anak2ku dan anugerah Allah yang begitu bernilai ini yang tidak mampu aku dustakan.

Kali ini aku ingin mengucapkan syukur ya robbal Alamin atas beberapa kejayaan anak terunaku ini...
walaupun agak kecil tetapi bagi aku cukup besar sebagai seorang ibu yang mengharapkan yang terbaik untuk anak2nya.

1.Hafazan doa selepas solat
2.Amalan solat sunat Dhuha
3.Amalan Solat Jamak dan Qasar ketika musafir
4.Puasa cukup 30 hari
5.Puasa 6 hari
6.Khatam Al-Quran
7. Ujian Subjek p.Islam markah  100%

Walaupun ada banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki, aku sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan urusannya dunia dan di akhirat.

Aku mohon ya Allah, tetapkan hatiku sebagai ibu supaya untuk terus mendoakan anak ini supaya memilih bidang Islamik sebagai asas dan landasan hidupnya.

Ketika anak2 lain memilih sains dan teknologi, Dunia IT dan sebagainya, aku mahu beliau Allah ilhamkan supaya meminati bidang Tahfiz Al-Quran di samping minatnya dalam bidang sains tidak disia2kannya.

Ketika orang lain memandang sepi dan serong kepada bidang agama, aku mahu anak ini tidak kekok dapat membaca doa lepas solat dan berupaya menjadi imam apabila diperlukan.

kabulkan doaku ya Allah, engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.